awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jual rokok kepada tahanan, Lans Koperal direman

Bernama
Bernama
10/03/2018
11:10 MYT
Jual rokok kepada tahanan, Lans Koperal direman
Anggota polis itu disyaki menerima rasuah RM400 sebagai balasan selepas membekalkan rokok kepada tahanan di lokap Balai Polis Daerah Tampin. - Gambar hiasan
Seorang Lans Koperal polis direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes berkaitan rasuah.
Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen Seremban, Nurul Balqis Zunaidi di Mahkamah Khas Reman di sini berikutan permohonan Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan Riduan Kadri.
SPRM dalam kenyataan di sini hari ini berkata lelaki berusia 36 tahun itu tiba di perkarangan mahkamah pada 10 pagi dengan berpakaian lokap diiringi pegawai agensi itu.
Dia ditahan SPRM jam 2 petang semalam di Tampin Square, Tampin, kerana disyaki menerima rasuah RM400 sebagai balasan setelah membekalkan rokok kepada seorang tahanan di lokap Balai Polis Daerah Tampin antara 2 hingga 6 Mac lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Balai Polis Daerah Tampin
#lans koperal
#lokap
#Nurul Balqis Zunaidi
#polis
#Rasuah
#reman
#rokok
#siasatan
#SPRM
#Tahanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan