awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jualan Amal Patriot Rock Melon menyumbang kepada Tabung Harapan

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
07/07/2018
08:58 MYT
Jualan Amal Patriot Rock Melon menyumbang kepada Tabung Harapan
Pengarah Urusan Agro Gold Industries, Izzat Hazim sedang memberi penerangan kepada Ahli Parlimen Hulu Langat, Hasanuddin Mohd Yunus mengenai ladang rock melon yang diusahakannya. Gambar: Rahimah Abdullah
Jualan Amal Patriot Rock Melon dilakukan Agro Gold Industries dengan kerjasama Yayasan Patriot Negara dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menjadi contoh kepada usaha membeli sambil menyumbang kepada Tabung Harapan Malaysia (THM).
Ia disasar memperoleh sekurang-kurangnya RM30,000 sepanjang dua hari acara amal itu.
Jualan amal itu dibuka kepada orang ramai dan mereka boleh membeli buah rock melon yang dijual pada harga RM15 sekilogram.
Kira-kira separuh daripada hasil jualan akan disumbangkan kepada THM dan Maahad Tahfiz Anawiyyah di Hulu Langat.
Lebih menarik, menurut Pengarah Kreatif Yayasan Patriot Negara, Yann Razal, pembeli turut diberi peluang memetik sendiri buah rock melon berkenaan.
"Sesiapa yang datang membeli dan beramal, mereka juga berpeluang memetik sendiri buah rock melon. Tawaran petik dan beli rock melon itu diteruskan sehingga 15 Julai ini," katanya semasa ditemui pada acara amal berkenaan.
Turut hadir merasmikan jualan amal itu ialah Ahli Parlimen Hulu Langat, Hasanuddin Mohd Yunus dan ADUN Dusun Tua, Edry Faizal Yusof.
Setakat jam 3 petang 6 Julai, Tabung Harapan mencecah lebih RM142 juta.
Mereka yang berminat untuk ke ladang rock melon berkenaan boleh ke Agro Gold Industries, Lot 870, Jalan Sungai Sop, Batu 14, Hulu Langat, Selangor.
Jualan Amal Patriot Rock Melon berakhir pada Ahad.
Topic Berkaitan
#ADUN
#Islam
#Malaysia
#Parlimen
#PPIM
#ringgit
#rock melon
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan