KUALA LUMPUR: Syarikat hartanah TA Global Bhd terus mencatat jualan memberangsangkan dalam kebanyakan projek yang sedang dibangunkan walaupun dalam persekitaran pasaran semasa yang mencabar di tengah-tengah peningkatan kos sara hidup.
Ketua Pegawai Operasi Pembangunan Hartanah dan Pengurusan Aset, Lee Yen Foong berkata, kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
"Ini hanya mengenai mencari hartanah yang sesuai untuk anda, mengikut belanjawan anda dan cara anda akan mencapai matlamat itu. Anda tahu, memilih hartanah yang sesuai dengan anda berdasarkan saiz unit, lokasi, untuk pelaburan atau untuk kediaman peribadi.
"Oleh itu, saya berpandangan bahawa keinginan untuk membeli rumah masih tinggi. Orang ramai kini lebih berminat untuk membeli rumah yang boleh didiami atau menaik taraf hartanah mereka," katanya pada sidang media selepas pelancaran aplikasi OpenHouse di sini pada Sabtu.
Beliau juga yakin negara boleh mengatasi cabaran semasa dengan meminta semua pemaju berusaha untuk menghasilkan produk yang benar-benar dapat memenuhi permintaan pembelian.
OpenHouse merupakan aplikasi didorong kecerdasan buatan (AI) yang dibangunkan OpenMinds Resources dengan kerjasama TA Global untuk menyediakan akses kepada kepada pembeli rumah kali pertama dengan senarai eksklusif dan cadangan sesuai projek perumahan.
Pengarah Teknologi OpenMinds Resources, Jan Wong berkata, aplikasi itu akan membantu meningkatkan keseluruhan ekosistem pembelian dan penjualan hartanah, diperlengkap dengan teknologi AI, peta dan semua maklumat mengenai projek hartanah yang disusun atur untuk pembeli.
"Setakat ini, kami mempunyai lebih 200 projek yang tertumpu terutama di sekitar kawasan Lembah Klang memandangkan kami melihat kawasan ini sebagai antara kawasan tumpuan di seluruh Semenanjung Malaysia bagi pembelian dan pelaburan hartanah.
"Tahun ini kami menyasarkan untuk menyenaraikan sekurang-kurangnya 1,000 projek di Malaysia dalam aplikasi OpenHouse sebelum ke kawasan lain di luar negara," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Apr 27 2024
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak halang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman. - Gambar hiasan
Bayi lelaki berusia seminggu ditemukan di kedai jual ayam
Seorang bayi lelaki berusia kira-kira seminggu ditemukan di sebuah kedai menjual ayam proses di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, dekat sini awal pagi tadi.
KPKT salur RM83.66 juta bagi 17 projek di Melaka
Peruntukan bagi kategori bina baharu dan projek sambungan itu yang terbesar dalam sejarah negeri Melaka dengan nilai terbesar disalurkan untuk pembinaan baharu projek Program Rumah Mesra Rakyat (RMR).
Imigresen gagalkan sindiket penyeludupan manusia di ibu negara
Pasukan operasi diatur gerak ke premis itu dan bertembung dengan sebuah kenderaan Perodua Myvi yang dipandu oleh suspek di lot parkir.
AWANI Ringkas: Polis tahan dua lelaki cuba masuk Istana, rampas parang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Grand Theft Auto 6 akan tiba pada musim luruh 2025
Ini masih bukan tarikh muktamad kerana musim luruh tiba sekitar penghujung September hingga awal November. Sungguhpun begitu kita kini mempunyai sasaran bilakan GTA 6 akan dilancarkan. Seb
[TERKINI] Ahli Parlimen Bukit Gantang tidak akan jawab surat Bersatu
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan tidak akan menjawab surat arahan yang dihantar Bersatu.
Negara mempunyai pengalaman kendali pemahaman ekstremis
Justeru demi menangani isu ini dengan lebih baik pada masa mendatang, Felo Bersekutu, International Centre for Counter-Terrorism (ICCT) The Hague, Dr Ahmad El Muhammady berpandangan suatu sistem amaran perlu diwujudkan lebih awal.
Ahli silap mata David Copperfield dituduh beri dadah, perkosa 16 wanita
Tiga daripada mangsa mendakwa telah diberi dadah sebelum melakukan hubungan seks.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq jadi tumpuan
Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, di Taman Seri Mahkota Jaya, Gambang menjadi tumpuan orang ramai.
AWANI Ringkas: Faisal Halim akan jalani pembedahan keempat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
3 rumah, dua kereta musnah dijilat api di Sungai Siput
Kebakaran itu turut membabitkan dua buah kereta yang musnah 90 peratus.
AS$15 bilion diperlukan untuk bina semula rumah di Gaza
Angka itu menunjukkan kos pembinaan semula jauh lebih kecil berbanding pembangunan semula Gaza dalam konflik sebelum ini.
Rumah, kereta, tiga motosikal musnah dijilat api
Pihak JBPM Perak menerima panggilan berhubung kejadian kebakaran di Kampung Selat Pulau itu pada jam 1.57 pagi.
Projek Rumah SASaR: Anggota ATM lega ada aset sebelum pencen
Anggota TUDM Mej Wan Mohd Ismail berkata, SASaR menyediakan rumah mampu milik kepada anggota dan pegawai dengan harga berpatutan.
Kesedar laksanakan tiga program utama penuhi hasrat generasi kedua miliki rumah
Program Pemajuan Kawasan menyediakan unit rumah dan lot-lot perumahan di tiga lokasi berlainan bagi generasi kedua di kawasan RKT.
11,512 kediaman RM500,000 ke atas di JB, Iskandar Puteri tidak terjual - Exco
Bagaimanapun, pemaju yang terlibat dengan kediaman tidak terjual itu sudah mula mendapat maklum balas positif daripada pembeli warga asing.
Rehda Malaysia harap kerajaan lanjut inisiatif i-Miliki
Inisiatif di bawah Program Pemilikan Rumah kerajaan 2022/2023 atau HOPE itu telah bermula pada 1 Jun 2022 dan akan berakhir menjelang 31 Dis 2023.
Dua kanak-kanak antara tiga maut dalam insiden tembakan
Tiga terbunuh, dua daripada mereka merupakan kanak-kanak berusia 8 dan 9 tahun, dalam kejadian tembakan.
Rumah musnah dijilat api di Teluk Intan
Insiden yang berlaku sekitar jam 10 malam itu bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kehilangan nyawa atau mangsa.