awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jualan keseluruhan Honda Malaysia sudah cecah 500,000 unit

Astro Publication
Astro Publication
19/11/2015
09:57 MYT
Jualan keseluruhan Honda Malaysia sudah cecah 500,000 unit
Jualan kenderaan Honda oleh Honda Malaysia Sdn. Bhd. (HMSB) sudah mencecah 500,000 unit sejak syarikat tersebut mula beroperasi pada tahun 2000. Kejayaan ini banyak didorong oleh populariti dua model pentingnya di Malaysia iaitu City dan Civic yang masing-masing terjual sebanyak 209,056 unit dan 79,864 unit. Ini bersamaan 40% dan 15% daripada jualan keseluruhan.
2015 adalah antara tahun paling berjaya bagi HMSB di mana pihak syarikat memasuki segmen SUV kompak melalui pelancaran model HR-V. Sejak diperkenalkan pada bulan Februari 2015 sebanyak 16,115 unit telah dijual.
Pihak HMSB sendiri sudah menjalankan pelbagai perubahan untuk menampung permintaan pelanggan termasuk memulakan barisan pengeluaran tambahan di kilang Honda di Melaka pada Januari 2014, sekaligus menggandakan kapasiti pengeluaran kepada 100,000 unit setahun. Penghantaran produk CKD kepada pembeli juga telah dipercepatkan setelah kemudahan PDI tambahan dibuka pada bulan Ogos lepas. HMSB sekarang sedang giat meluaskan pasaran mereka ke Sarawak dan Sabah, termasuk dengan membuka pejabat serantau di Kota Kinabalu.
HMSB yakin akan mencapai sasaran jualan sebanyak 85,000 unit kenderaan bagi tahun ini dan mengekalkan status sebagai pendahulu jualan segmen kereta bukan nasional.
Topic Berkaitan
#
# HMSB
#Honda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan