KUALA LUMPUR: Rata-rata peniaga menjangkakan jualan mercun dan bunga api pada sambutan Tahun Baharu Cina kali ini lebih 'rancak' susulan keputusan kerajaan membenarkan penjualan nyala api itu secara sah.
Tahun Baharu Cina kali ini juga diramal lebih meriah kerana orang ramai tidak lagi gusar atau ragu untuk bermain atau membakar mercun dan bunga api menjelang perayaan itu.
Tinjauan Bernama di sekitar Jalan Kepong Baru, Kepong di sini mendapati sudah ramai peniaga mendirikan gerai di bahu jalan yang menawarkan pelbagai mercun dan bunga api.
Terdapat lebih 40 jenis bunga api dan mercun dijual di hampir setiap gerai dengan harga yang diselaraskan antara RM10 sehingga RM900, mengikut jenis, bilangan dan saiz.
Bagaimanapun para peniaga mengakui penjualan mercun setakat ini belum serancak seperti diinginkan kerana kebiasaannya pelanggan keluar membeli pada saat akhir.
"Sambutan sekarang masih belum 'panas'. Masih ada seminggu lagi untuk sambut Tahun Baharu Cina. Cina Malaysia punya stail, beli biasanya saat akhir ataupun tiga hari sebelum sambut Tahun Baharu Cina baru keluar beli barang.
"Ataupun mungkin sekarang ada sesetengah daripada mereka belum dapat gaji atau bonus," kata seorang peniaga mercun dan bunga api, Lee Poh Ann, 44.
Bagi Derrick Chan, 49, beliau yakin hasil jualan mercun dan bunga api pada tahun ini akan meningkat kerana urusan permit dan perlesenan untuk peniaga mercun dan bunga api kali ini lebih mudah.
"Saya sudah ada permit, sudah mohon dengan polis. Saya dah jual mercun dan bunga api lebih dari 10 tahun dekat sini. Kebanyakan pelanggan saya ialah pelanggan tetap.
"Saya rasa akan untung banyak ini kali. Tapi berniaga kena tengok cuaca juga. Kalau musim panas seperti masa sekarang oklah, tapi kalau hujan susah sikitlah," katanya.
Pada Februari tahun lepas, Kabinet membuat keputusan membenarkan jualan mercun dan bunga api mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 03 2024
Rata-rata peniaga menjangkakan jualan mercun dan bunga api pada sambutan Tahun Baharu Cina kali ini lebih 'rancak' susulan keputusan kerajaan membenarkan penjualan nyala api itu secara sah. - Gambar hiasan
Barcelona tekad langsai hutang jumpa Girona
Barcelona akan menentang Girona dalam perlawanan 'derby' Catalan hujung minggu ini dengan misi membalas dendam awal musim ini.
Kemelut PKR Sabah: Tunggu Anwar umum Pengerusi MPN
Semua pihak diminta bersabar untuk menunggu keputusan daripada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu.
Reformasi pembangunan TVET perlu dibuat secara holistik
Reformasi pembangunan perlu dibuat secara holistik membabitkan ekosistem Pendidikan TVET sedia ada di Malaysia, kata Presiden Yayasan Mahir Malaysia, Datuk P Sri Ganesh.
AWANI-RareTV: Kampung bunian di Switzerland
Penulis J.R.R Tolkien menjadikan Lauterbrunnen sebagai latar dan insipirasi kepada penghasilan kampung 'Rivendell'.
Hubungan Klopp-Salah kembali jernih
Klopp dan Salah bertelagah di tepi padang ketika Liverpool seri 2-2 dengan West Ham minggu lalu.
Michelle Yeoh antara 19 penerima Medal Of Freedom
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menganugerahkan Pingat Kebebasan (Medal Of Freedom) kepada 19 penerima di White House, Washington pada Jumaat.
AWANI Pagi: Advokasi rawatan dan pemulihan dadah atas talian
Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) memperkenalkan kaedah rawatan dan pemulihan secara atas talian, melihat kepada trend penagihan dadah ketika ini. Diskusinya bersama Pengarah Bahagian Rawatan Perubatan & Pemulihan AADK Siti Mariam Mursidan, dalam Awani Pagi 8.30 pagi nanti.
Letupan bom Sungai Golok: Polis mula guna kereta perisai
Kawalan dan rondaan menggunakan kenderaan itu dilaksanakan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) membabitkan seorang pegawai dan 13 anggota.
AWANI Ringkas: Kenaikan gaji penjawat awam mampu dilaksana
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guna anak patung Doraemon untuk upacara panggil hujan
Anak patung Doraemon itu turut diarak ke sekitar jalan utama di Khao Khala selepas kawasan tersebut berdepan kemarau berpanjangan.
Jualan mercun sempena Tahun Baharu Cina dijangka meningkat
Rata-rata peniaga menjangkakan jualan mercun dan bunga api pada sambutan Tahun Baharu Cina kali ini lebih 'rancak' susulan keputusan kerajaan membenarkan penjualan nyala api itu secara sah.
Polis tahan lelaki jual mercun tanpa lesen
Suspek juga didapati gagal mengemukakan sebarang dokumen dan melanggar syarat lesen dibenarkan.