Skip to main content

Malaysia

Jumlah mangsa banjir di Beaufort berkurangan

kota kinabalu banjir
- Gambar hiasan/BERNAMA

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di daerah Beaufort berkurangan kepada 309 orang daripada 102 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 312 orang daripada 121 keluarga petang semalam.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal Selagon.

Advertisement

Menurut kenyataan itu, sebanyak lapan kampung terjejas sejak daerah itu dilanda banjir pada Khamis.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan beberapa kawasan di pedalaman Sabah akan mengalami hujan sebelah petang dan malam.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video