KUALA LUMPUR: Malaysia mencatat jumlah perdagangan bernilai RM231.8 bilion pada November 2023 dengan nilai eksport dan import masing-masing sebanyak RM122.1 bilion dan RM109.7 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Dalam kenyataan Statistik Eksport Import Mengikut Negeri Bagi November 2023 hari ini, Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata prestasi eksport Malaysia susut sebanyak 5.9 peratus kepada RM7.6 bilion berbanding tempoh sama pada 2022.
Keadaan itu dipengaruhi oleh penurunan eksport di kebanyakan negeri seperti Pulau Pinang (-RM5.4 bilion), Selangor (-RM2.4 bilion), Sarawak (-RM1.6 bilion), Terengganu (-RM869.1 juta), Melaka (-RM755.1 juta), Labuan (-RM704.8 juta), Pahang (-RM308.0 juta), Negeri Sembilan (-RM164.2 juta), Perlis (-RM29.9 juta) dan Kuala Lumpur (RM9.9 juta).
"Bagaimanapun, nilai eksport meningkat di Johor sebanyak RM3.0 bilion, Kedah (RM929.2 juta), Perak (RM540.8 juta), Sabah (RM472.3 juta) dan Kelantan (RM18.6 juta), katanya.
Mohd Uzir berkata Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan menyumbang sebanyak 29.0 peratus dan diikuti oleh Johor (22.6 peratus), Selangor (16.9 peratus), Sarawak (8.3 peratus) dan Kuala Lumpur (5.7 peratus).
Menyentuh prestasi import mengikut negeri, beliau berkata import bagi November 2023 meningkat sebanyak 1.7 peratus kepada RM1.8 bilion berbanding tempoh sama pada 2022.
Peningkatan itu, katanya, disumbangkan oleh import lebih tinggi di kebanyakan negeri seperti Kuala Lumpur (RM2.7 bilion), Negeri Sembilan (RM1.4 bilion), Pahang (RM1.1 bilion), Sabah (RM514.3 juta), Selangor (RM492.7 juta), Johor (RM197.1 juta), Melaka (RM114.4 juta) dan Terengganu (RM109.4 juta).
Nilai import sebaliknya turun di Pulau Pinang sebanyak RM3.9 bilion, Labuan (-RM280.2 juta), Kedah (-RM78.8 juta), Sarawak (-RM60.9 juta), Kelantan (-RM43.0 juta), Perak (-RM15.9 juta) dan Perlis (-RM6.2 juta).
Bagi tempoh itu juga, Selangor terus mendominasi import Malaysia dengan menyumbang sebanyak 26.5 peratus dan seterusnya Johor (20.6 peratus), Pulau Pinang (20.4 peratus), Kuala Lumpur (9.4 peratus) serta Kedah (5.6 peratus), kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 28 2023
Mohd Uzir berkata prestasi eksport Malaysia susut sebanyak 5.9 peratus kepada RM7.6 bilion berbanding tempoh sama pada 2022. - Gambar fail/Astro AWANI
Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030
Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Perdagangan Malaysia naik 12.1 peratus, eksport meningkat 9.1 peratus pada April - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus kepada RM221.74 bilionberbanding April 2023.
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
AWANI Ringkas: Kes denggi meningkat, 40 maut sejak Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
Jumlah perdagangan Malaysia bagi November 2023 cecah RM231.8 bilion
Malaysia mencatat jumlah perdagangan bernilai RM231.8 bilion pada November 2023 dengan nilai eksport dan import masing-masing sebanyak RM122.1 bilion dan RM109.7 bilion.
Malaysia kekalkan lebihan dagangan RM12.41 bilion bagi November 2023
Malaysia mengekalkan lebihan dagangan bernilai RM12.41 bilion bagi November 2023 sekali gus menjadi lebihan dagangan yang ke-43 bulan berturut-turut sejak Mei 2020.
Tindakan kurang bergantung kepada dolar AS boleh beri impak positif terhadap ekonomi Malaysia - Pakar
Ia akan melonjakkan hubungan perdagangan negara dengan rakan dagang menerusi penggunaan mata wang tempatan sebagai penyelesaian perdagangan.
Jumlah dagangan Malaysia catat pertumbuhan dua angka - DOSM
Jumlah perdagangan meningkat 29.9 peratus, disokong oleh pengembangan eksport (27.8 peratus) serta import (32.5 peratus).
Matrade anjur misi pacu eksport ke Uzbekistan, Kazakhstan
Misi yang bermula Isnin (14 Oktober) sehingga 19 Oktober, juga bertujuan meningkatkan hubungan strategik perniagaan antara syarikat-syarikat Malaysia dengan komuniti perniagaan di kedua-dua negara.