Skip to main content

Malaysia

Jurutera rugi lebih RM27,000 ditipu sindiket seks dalam talian

61751336054_scam.jpg
Mangsa turut diancam akan dikenakan caj sekiranya membuat pembatalan tempahan dan ditularkan di media sosial jika enggan mengikut arahan. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang jurutera kerugian RM27,580 akibat terperdaya dengan sindiket penawaran khidmat seks dalam talian, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Hoo Chang Hook berkata lelaki berusia 28 tahun itu melayari aplikasi TikTok di kediamannya di Bangsar pada 8.22 pagi sebelum menekan satu pautan yang disambungkan ke aplikasi WhatsApp.

Advertisement

“Mangsa kemudiannya ditawarkan pakej dan mula berurusan dengan beberapa ejen menerusi tiga nombor telefon sebelum membuat 22 transaksi ke enam akaun berbeza dengan keseluruhan bayaran berjumlah RM27,580,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Hoo berkata siasatan awal mendapati mangsa turut diancam akan dikenakan caj sekiranya membuat pembatalan tempahan dan ditularkan di media sosial jika enggan mengikut arahan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan pihaknya menasihati orang ramai agar berhati-hati kerana terdapat beberapa kes melibatkan modus operandi sama.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video