awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 14,000 penerbangan dibatalkan susulan ribut musim sejuk di AS
Dua gol Mbappe lonjak Real Madrid ke puncak La Liga
Amanah Perak bimbang Musyawarah Nasional tidak berjaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurutera rugi RM275,000 terperdaya penipuan pelaburan dalam talian

Bernama
Bernama
29/06/2025
08:31 MYT
Jurutera rugi RM275,000 terperdaya penipuan pelaburan dalam talian
Mangsa telah menekan pautan yang tertera di Facebook sebelum dimasukkan ke dalam sebuah kumpulan WhatsApp.
ALOR SETAR: Seorang jurutera kerugian RM275,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian yang ditawarkan menerusi iklan di laman sosial Facebook.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah Supt Loi Yew Lik berkata lelaki berusia 57 tahun itu mula berminat selepas melihat iklan pelaburan berkenaan pada 20 April lepas.
"Mangsa telah menekan pautan yang tertera sebelum dimasukkan ke dalam sebuah kumpulan WhatsApp dan telah berhubung dengan beberapa individu melalui dua nombor telefon.
"Pulangan yang dijanjikan sebanyak 10 peratus dalam tempoh beberapa hari dan mangsa memasukkan wang RM275,000 secara berperingkat melalui lapan transaksi ke dua akaun berbeza atas dua nama syarikat dari 27 Mei hingga 13 Jun," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata jurutera itu kemudiannya mendapati tiada sebarang keuntungan diperoleh, namun individu berkenaan masih meminta wang tambahan, kononnya bagi membolehkan mangsa mendapatkan pulangan yang dijanjikan berserta modal.
"Lelaki itu yang berasa curiga dan menyedari telah ditipu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling semalam," katanya.
Loi berkata orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan penipuan pelaburan dalam talian dan membuat semakan dengan pihak berkuasa sebelum melakukan sebarang transaksi yang mencurigakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#scam
#sindiket penipuan
#pelaburan dalam talian
#mangsa kerugian
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan