awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Qatar sambut baik perjanjian gencatan senjata antara Iran dan Israel
MALAYSIA
Juruterbang rugi lebih RM190,000 terperdaya tawaran pakej haji palsu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Juruterbang rugi lebih RM190,000 terperdaya tawaran pakej haji palsu

Bernama
Bernama
24/06/2025
15:08 MYT
Sponsor Banner
Juruterbang rugi lebih RM190,000 terperdaya tawaran pakej haji palsu
Mangsa berurusan dengan seorang individu daripada agensi pelancongan umrah yang menawarkan pakej haji pada 14 Januari lepas.
SEREMBAN: Seorang juruterbang wanita kerugian RM194,970 selepas terperdaya dengan tawaran pakej haji palsu.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata mangsa berusia 30-an itu dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Nilai pagi tadi menyatakan dia berurusan dengan seorang individu daripada agensi pelancongan umrah yang menawarkan pakej haji pada 14 Jan lepas.
"Mangsa yang bekerja di sebuah syarikat penerbangan tempatan itu membuat beberapa pindahan wang ke dalam akaun agensi berkenaan dengan jumlah keseluruhan RM194,970 sebagai bayaran penuh bagi pakej haji itu.
"Mangsa menyedari ditipu pada 15 Mac lepas setelah mendapati agensi terbabit sudah tidak beroperasi dan dia tidak dapat menunaikan haji seperti dijanjikan," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang digiatkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa kerugian
#pakej haji palsu
#agensi pelancongan umrah
#juruterbang tertipu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami