awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Justo hadir ke SPRM, Pasukan Khas 1MDB bermesyuarat

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
23/05/2018
11:03 MYT
Justo hadir ke SPRM, Pasukan Khas 1MDB bermesyuarat
Selain itu, turut menggemparkan media yang menunggu sejak pagi tadi adalah kelibat bekas pegawai PetroSaudi International Ltd., Xavier Andre Justo. - Gambar fail
Pasukan Khas Siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bermesyuarat petang tadi di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.
Difahamkan mesyuarat itu bermula kira-kira jam 3 petang dan bagaimanapun pihak media tidak dibenarkan masuk.
Mesyuarat itu dihadiri ketua bersama pasukan khas itu iaitu bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed; Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.
Bagaimanapun, bekas pegawai kanan Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador tidak kelihatan.
Turut serta dalam mesyuarat itu adalah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.
Selain itu, turut menggemparkan media yang menunggu sejak pagi tadi adalah kelibat bekas pegawai PetroSaudi International Ltd., Xavier Andre Justo yang turut hadir ke SPRM pada sebelah pagi tadi.
Beliau yang disambut pegawai SPRM pada pukul 9 pagi tadi difahamkan hadir bagi membantu siasatan 1MDB.
Media yang cuba mendapatkan respon lanjut mesyuarat hari ini gagal apabila Abu Kassim hanya memberi respon ringkas.
“Saya tidak mahu komen. Pasukan khas siasatan ini akan keluarkan kenyataan rasmi,” katanya ringkas kepada media ketika keluar dari bangunan itu, 4.30 petang tadi.
Keanggotaan pasukan itu terdiri daripada SPRM, Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan beberapa peguam yang mempunyai kepakaran dalam perkara berkaitan.
Pasukan khas ini akan bertanggungjawab dalam keseluruhan aspek penyelarasan siasatan, pengesanan kewangan dan perolehan aset yang berpunca dari salah laku dan penyelewengan dana 1MDB yang tersimpan atau dilaburkan di dalam dan luar negara.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Abdul Gani Patail
#Abu Kassim Mohamed
#Bank Negara
#Bank Negara Malaysia
#Bukit Aman
#Peguam Negara
#PetroSaudi
#polis
#SPRM
#Xavier Andre Justo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan