Warganegara Switzerland, Xavier Andre Justo, yang mengaku memeras ugut bekas majikan PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi), mungkin terbabit dalam pengubahan wang haram apabila dia menjual salinan dokumen sulit kepada sebuah kumpulan media, menurut polis Thailand.
Kaedah pembayaran dalam pembelian maklumat itu merupakan kaedah pengubahan wang haram kerana pembayaran berlaku di sebuah pulau di mana mereka berpura-pura membeli sebuah syarikat dan menggunakan baki wang daripada (kononnya) pembelian syarikat untuk membayar Justo, kata jurucakap Polis Diraja Thailand, Pol Lt Gen Prawut Thavornsiri.
"Kami mempunyai bukti daripada rundingan mengenai di mana untuk membayar wang itu. Semuanya berlaku di Singapura," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.
Isu ini adalah tentang menjejaskan kerajaan sebuah negara, katanya tanpa menamakan mana-mana negara tetapi dipercayai Malaysia.
Katanya polis Thailand juga mendapati maklumat itu digunakan oleh sebuah kumpulan untuk menyebabkan 'kerosakan' di negara jiran dan kumpulan ini dikaitkan dengan media besar negara jiran dan turut dikaitkan dengan bekas tokoh politik di negara jiran.
"Mereka berkomunikasi (sesama mereka) menerusi e-mel, WhatsApp. Kami mempunyai semua dokumen...setiap perbualan," katanya.
Beliau turut membangkitkan kemungkinan kumpulan ini yang membeli salinan dokumen asal kemudian telah mengubahsuainya berikutan wujud perbezaan maklumat berbanding maklumat asal dalam e-mel yang dicuri oleh Justo.
Katanya Justo telah membuat pengakuan dan ini telah banyak membantu siasatan kes dan dia juga membantu kami menjalinkan hubungan dengan orang lain yang dia hubungi berdasarkan maklumat seperti tarikh dan masa temu janji dan lokasi pertemuan.
"Apabila kami meneliti dengan apa yang dia sebut, kami dapati ia adalah betul. Misalnya, temu janji di hotel, tarikh ketibaan dan pelepasan individu yang menyertai kumpulan itu. Kami juga mendapat maklumat perjalanan di Thailand dan negara-negara asing," katanya.
Menurutnya polis Thailand mendapat semua maklumat daripada Justo untuk membolehkan mereka melakukan siasatan dengan lebih lanjut.
Sementara itu, Ketua polis Thailand, Pol Gen Somyot Pumpanmuang berkata kes itu melibatkan pelbagai bidang kuasa kerana walaupun kesalahan berlaku di Thailand, perniagaan syarikat ini (PetroSaudi) melibatkan banyak negara.
"Ini adalah isu yang amat sensitif yang menjejaskan politik sebuah negara jiran, katanya, sambil menambah Justo menyalurkan maklumat kepada seseorang untuk digunakan bagi menjejaskan keadaan politik di sebuah negara jiran.
Bernama
Thu Jul 16 2015
Justo mungkin terbabit dalam pengubahan wang haram apabila dia menjual salinan dokumen sulit kepada sebuah kumpulan media, menurut polis Thailand. -Gambar fail
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Kes Wan Saiful: Lebih RM900,000 dimasukkan ke akaun bank tiga syarikat
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu wang berjumlah RM976,380 dimasukkan ke dalam akaun bank tiga syarikat menerusi lima transaksi, dua tahun lepas.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.
Rayuan kes Syed Saddiq didengar 19 Mac 2025
Mahkamah Rayuan menetapkan 19 dan 20 Mac tahun depan untuk mendengar rayuan Syed Saddiq Syed Abdul terhadap sabitan dan hukuman bagi empat kesalahan berkaitan dana Armada Bersatu.
Saya sentiasa telus, tiada apa yang hendak disembunyikan mengenai derma Arab Saudi - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu beliau telus dan tidak ada apa-apa untuk disembunyikan mengenai derma Arab Saudi.
Suami isteri mengaku tidak bersalah terima wang aktiviti haram RM3.7 juta
Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah atas 14 pertuduhan menerima wang daripada aktiviti haram berjumlah RM3.7 juta.
Wang tunai lebih RM45 juta dijumpai di pejabat, rumah dan kereta bekas Pengarah JANS - Hakim
Lebih RM45 juta wang tunai telah dirampas daripada bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Ag Mohd Tahir Mohd Talib dalam kes pengubahan wang haram pada 2016.
Dakwaan Ahmad Husni terhadap saya amat menyakitkan - Najib
Najib berkata dakwaan Ahmad Husni bahawa beliau telah mengarahkan bekas Menteri Kewangan II itu agar tidak campur tangan dengan 1MDB adalah tidak benar sama sekali.