Kerajaan Barisan Nasional (BN) komited untuk menyediakan perubatan dan rawatan berkualiti pada kadar yang rendah untuk rakyat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata kerajaan telah memperuntukkan jumlah yang besar setiap tahun sebagai bantuan perubatan dan kos pembelian mesin hemodialisis di hospital-hospital kerajaan.
"Dalam bajet tahunan yang saya bentangkan beberapa tahun ini, kerajaan memastikan bahawa kebajikan pesakit terjamin terutamanya mereka yang menghidap penyakit kronik seperti kerosakan buah pinggang," katanya dalam catatan terbaru di laman Facebooknya pada Rabu.
Dalam tinjauan pelaksanaan bajet negara di Hospital Shah Alam Rabu, Najib mengambil kesempatan untuk melawat unit hemodialisis di hospital itu yang dapat memanfaatkan 78 pesakit buah pinggang setiap minggu dengan 20 buah mesin hemodialisis yang baharu.
Hospital itu akan memulakan perkhidmatan pesakit mulai Januari 2016 dan dapat mengurangkan kebergantungan serta kesesakan di hospital-hospital lain seperti Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata pesakit yang memerlukan rawatan hemodialisis kini hanya perlu membayar RM13 untuk setiap sesi di mana-mana hospital kerajaan berbanding caj perkhidmatan swasta pula adalah antara RM200 hingga RM250.
Beliau berkata hospital kerajaan tidak mengenakan caj konsultasi kepakaran dan menetapkan kadar yang rendah untuk perubatan dan perkhidmatan lain berbanding caj perkhidmatan swasta.
"Kerajaan tetap prihatin dan membantu rakyat yang memerlukan," katanya di dalan entri itu yang turut memaparkan beberapa keping gambar ketika mendengar taklimat oleh pengarah hospital, Dr Hasni Hanapi dan meluangkan masa berbual mesra bersama doktor-doktor pakar di hospital itu.
"Bagi sesiapa yang memerlukan perkhidmatan wad seperti wanita bersalin, caj katil hanya antara RM3 hingga RM80 satu malam di hospital-hospital kerajaan seperti Hospital Shah Alam.
"Jumlah kos hanya antara RM13 hingga RM390 di hospital kerajaan. Bandingkan dengan kos di hospital swasta sekurang-kurangnya 11 kali ganda," katanya yang juga memaparkan slaid gambar mengenai kos itu di entri berkenaan.
Dalam tinjauan itu, Najib berkata Ketua Jabatan Farmasi Pakar Hospital Shah Alam juga menerangkan perbezaan kos ubat-ubatan antara hospital swasta dan kerajaan dan perubatan di hospital kerajaan adalah percuma.
Di samping itu, katanya beliau juga mendapat penerangan kesan pengenaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar ke atas semua jenis Ubat Terkawal di bawah senarai Racun Kumpulan A, B, C dan D yang diumumkan dalam Bajet baru-baru ini.
"Ini melibatkan peningkatan dua kali ganda, dari 4,215 kepada 8,630 jenama ubat," kata Perdana Menteri yang turut meminta doktor pakar supaya meneruskan usaha murni dalam memberi rawatan kepada mereka yang memerlukan.
Bernama
Wed Nov 04 2015
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata pesakit yang memerlukan rawatan hemodialisis kini hanya perlu membayar RM13 untuk setiap sesi di mana-mana hospital kerajaan berbanding caj perkhidmatan swasta antara RM200-RM250. - Facebook Najib Razak
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Mayat Muhammad Nidza Afham dibawa ke Hospital Shah Alam
Mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang petang tadi dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat.
Bayi ditinggal depan kedai, ADUN minta kendalikan kes dengan ihsan
Pemimpin masyarakat di kawasan berkenaan turut mengendalikan bayi itu dengan baik dan dalam masa sama menghubungi pihak berkuasa.
Anak kakitangan hospital maut, tertinggal 4 jam dalam kereta diparkir
Hasil siasatan mendapati mangsa ditinggalkan oleh ibunya secara tidak sengaja di dalam kenderaan selepas mengambilnya dari taska berdekatan.
Tiga hari tak hadir kerja rungkai penemuan mayat
Mayat seorang pengawal keselamatan ditemui di dalam bilik air sebuah rumah di Dataran Otomobil, Seksyen 15 Shah Alam pada Jumaat.
Lelaki warga tempatan mati mengejut ketika dalam tahanan - Polis
Seorang tahanan polis warga tempatan mati mengejut pada Isnin lepas ketika menerima rawatan di Hospital Shah Alam.
Kes rogol Syed Iqmal: Dua laporan perubatan diserah kepada mahkamah
Dua dokumen laporan perubatan bagi kes rogol membabitkan Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful diserahkan kepada Mahkamah Sesyen.
Kes langgar Inspektor Ismail: Dua lelaki diburu
Polis sedang memburu seorang pemandu kereta Proton Wira dan rakannya yang melarikan diri selepas melanggar sebuah motosikal yang ditunggani oleh seorang pegawai polis trafik berpangkat Inspektor.
Anuar Abu Bakar meninggal dunia
Bekas pemain kebangsaan dan lagenda bola sepak, Anuar Abu Bakar telah meninggal dunia malam Isnin, akibat kanser hati.
Tragedi NKVE: Mayat dijumpai di Sungai Kandis sah pelajar yang hilang - Polis
Mayat lelaki yang dijumpai di Sungai Kandis di sini pada Isnin lepas disahkan mayat Amir Hamzah Mohd Rozali, pelajar yang dilaporkan hilang dikhuatiri terjatuh ke dalam sungai di KM14.5
Lelaki mati tergantung pada dahan pokok dekat kelab golf
Polis mengesahkan menerima laporan daripada pekerja kelab golf tersebut pada jam 8.15 pagi.