KOTA BHARU: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) memperuntukkan RM4 bilion untuk pemasangan hab rangkaian gentian optik titik kehadiran atau Point of Presence (PoP), membabitkan hampir 4,000 sekolah di seluruh negara.
Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata ia membabitkan pemasangan di zon utara, zon tengah, zon selatan, zon timur dan juga di Sabah dan Sarawak, yang bakal mewujudkan perkhidmatan capaian rangkaian internet lebih stabil dan berkelajuan lebih tinggi.
"Kita menyasarkan pemasangan gentian optik 500 hingga 600 sekolah di setiap zon yang telah dikenal pasti," katanya kepada pemberita selepas hadir mengagihkan Bubur Lambuk Kampung Baru kepada 1,000 penerima di Bazar Ramadan Peringat di sini pada Ahad.
Beliau berkata pihak kementerian juga mengalu-alukan kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagi meningkatkan mutu perkhidmatan rangkaian gentian optik, dan menurutnya memang menjadi teras Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk memberi kestabilan rangkaian internet kepada semua sekolah di luar bandar terutama di kawasan yang belum menerima perkhidmatan berkualiti.
Media sebelum ini melaporkan KPLB berharap dapat menjalin kerjasama dengan K-KOMM bagi meningkatkan digitalisasi dan capaian Internet di Tabika Kemas seluruh negara.
"Lazimnya di sekitar sekolah-sekolah itu juga tentunya ada tabika-tabika termasuk Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas). Saya mengalu-alukan kerjasama ini, KPLB boleh membekalkan kepada kami lokasi tabika Kemas untuk kami minta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) membuat penilaian," kata Ahli Parlimen Ketereh itu.
Sementara itu merujuk kepada liputan jaringan capaian internet 4G di seluruh negara menerusi fasa satu Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), Annuar berkata setakat ini liputannya telah melebihi 95 peratus kawasan berpenduduk.
Katanya menjelang akhir tahun ini pihaknya menyasarkan liputan berkenaan akan mencapai kira-kira 97 peratus.
"Yang baki tiga peratus lagi mungkin kawasan pedalaman yang terlalu jauh, mungkin kita akan menggunakan kaedah satelit dan sebagainya. Menerusi projek menaik taraf ini kita menyasarkan liputan rangkaian internet mencapai 35 Megabits per saat (Mbps)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 10 2022
Annuar berkata ia membabitkan pemasangan di zon utara, zon tengah, zon selatan, zon timur dan juga di Sabah dan Sarawak, yang bakal mewujudkan perkhidmatan capaian rangkaian internet lebih stabil dan berkelajuan lebih tinggi. - Gambar fail/BERNAMA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
K-KOMM cadang kolaborasi dengan MDEC, AIM perkasa usahawan wanita digital
K-KOMM bercadang untuk berkolaborasi dengan Perbadanan MDEC dan AIM bagi memperkasa usahawan wanita menguasai dunia digital.
90 tapak 5G siap dibina di Sarawak - Annuar Musa
Pembinaan tapak yang melibatkan kawasan Kuching, Bintulu serta Miri itu dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun depan.
Menara telekomunikasi akan dibina di Pulau Sipadan - Mohammad
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama kerajaan Sabah melalui Taman-Taman Sabah, telah mengenal pasti lokasi bagi pembinaan menara telekomunikasi di Pulau Sipadan.
SKMM rancang wujud 177 PEDi baharu - Mohammad
SKMM merancang mewujudkan 177 Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) baharu iaitu di kawasan Dewan Undangan Negeri yang masih belum mempunyai pusat berkenaan.
8 negeri jadi perintis bandar pintar hasil kerjasama K-KOMM, TM One
Ia bagi merealisasikan aspirasi ekonomi digital negara termasuk pembangunan bandar pintar di seluruh negara yang bermula di lapan negeri.
K-KOMM akan hidupkan kembali warisan telah pupus
Zahidi berkata, pihaknya akan pergi ke setiap negeri untuk mengenal pasti warisan yang telah pupus.
Pelajar diingatkan tidak salah guna, jual tablet PerantiSiswa - Annuar
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa mengingatkan pelajar yang menerima tablet PerantiSiswa Keluarga Malaysia agar tidak menyalahgunakan atau menjualnya.
Kerosakan landskap, rakyat perlu ada sikap tanggungjawab - Annuar Musa
Rakyat di negara ini perlu memupuk sikap tanggungjawab dalam soal memelihara harta benda awam termasuk landskap dan fasiliti awam.
Kementerian berkaitan perlu capai prestasi Jualan Murah Keluarga Malaysia 100 peratus
Annuar berkata ini kerana pelaksanaan program jualan di pusat JMKM itu yang bermula pada 19 Ogos lepas, setakat ini dilihat masih menunjukkan prestasi kurang memuaskan.
Peranan pasukan jihad inflasi luas, tidak terhad isu harga barang - Annuar
Peranan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi tidak terhad kepada isu kenaikan harga barang, sebaliknya ia lebih luas dan melibatkan usaha mengatasi masalah inflasi secara keseluruhan.