awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
JAS siasat kejadian ikan mati di Sungai Tekai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

K9 akan digerakkan bantu kesan lelaki dihanyutkan arus deras

Bernama
Bernama
22/05/2025
23:10 MYT
K9 akan digerakkan bantu kesan lelaki dihanyutkan arus deras
Selain bomba, operasi SAR turut disertai beberapa agensi lain termasuk polis, Jabatan Kemajuan Orang Asli dan Kementerian Kesihatan melibatkan 18 anggota dengan enam jentera. - Foto JBPM Kelantan
GUA MUSANG: Unit Pengesan K9 akan digerakkan bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang hilang selepas kenderaannya dihanyutkan arus ketika menyeberangi Sungai Sumar, Kuala Betis di sini, Selasa lepas.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang Penolong Kanan Penguasa Bomba Nor Azizi Che Noh berkata pasukan SAR sebelum ini menggunakan kaedah pencarian di permukaan air namun hingga 4.30 petang semalam mangsa masih belum ditemukan.
"Sehubungan itu, kami telah memohon bantuan Unit Pengesan K9 untuk menyertai operasi SAR dan pasukan ini akan dihantar ke lokasi menerusi Unit Udara Bomba ke Pos Bihai.
"Operasi terpaksa ditangguhkan sementara berikutan cuaca hujan dan keadaan yang semakin gelap," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata operasi SAR turut disertai beberapa agensi lain termasuk polis, Jabatan Kemajuan Orang Asli dan Kementerian Kesihatan melibatkan 18 anggota dengan enam jentera.
Selasa lepas, seorang lelaki dilaporkan hilang selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya gagal melepasi arus deras ketika cuba menyeberangi Sungai Sumar, Kuala Betis.
Mangsa ketika itu dalam perjalanan ke Pos Bihai atas urusan kerja bersama dua penumpang lain yang sempat menyelamatkan diri dengan memecahkan cermin kenderaan sebelum ia dihanyutkan arus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sungai Samar
#K9
#operasi mencari dan menyelamat
#hanyut
#hilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami