awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kabinet lulus cadangan lafaz ikrar Rukun Negara di program kerajaan - Aaron

Bernama
Bernama
11/08/2023
16:49 MYT
Kabinet lulus cadangan lafaz ikrar Rukun Negara di program kerajaan - Aaron
Aaron Ago Dagang berkata perkara itu sebagai salah satu usaha, untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. - Gambar fail/Bernama
TAWAU: Cadangan Kementerian Perpaduan Negara sebelum ini agar lafaz ikrar Rukun Negara dilaksanakan di setiap program rasmi kerajaan, diluluskan dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini.
Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang berkata perkara itu sebagai salah satu usaha, untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
"Kita di Kementerian Perpaduan merasakan jati diri melalui melafazkan rukun negara ini amat penting, sebab itu kita sebelum lafaz Rukun Negara, kita juga perlu baca mukadimah yang membawa erti perpaduan, keharmonian di Malaysia ini.
"Kalau dahulu lafaz ikrar ini juga dilakukan di setiap sekolah rendah, menengah, tetapi kebelakangan ini agak kurang, saya merasakan ini perlu dikembalikan," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan penutupan program jalinan integrasi nasional penjawat awam tahun 2023 di sini pada Jumaat.
Aaron berkata Rukun Negara dibentuk daripada peristiwa 13 Mei 1969, yang merupakan detik hitam dalam sejarah negara ini.
"Oleh sebab itu, ia menjadi asas kepada semua dasar dan aktiviti kerajaaan untuk negara kita menjadi lebih aman, damai dan juga harmoni, kalau dalam Kementerian Perpaduan ini termasuk dalam program semarak kenegaraan, bukan itu saja terdapat banyak lagi perkara meningkatkan jati diri, patriotisme rakyat yang dilakukan," katanya lagi.
Sementara itu, Aaron berkata program jalinan integrasi nasional penjawat awam yang diadakan selama tiga hari di Kampung Balung Cocos itu, merupakan medium pembinaan tapak integrasi bagi mengukuhkan pembudayan perpaduan di setiap lapisan masyarakat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#Rukun Negara
#jati diri
#tapak integrasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan