NATIONAL
Kabinet masih teliti cadangan bekerja dari rumah sempena Sidang Kemuncak ASEAN – Fahmi Fadzil

Fahmi berkata, pelaksanaan dasar bekerja dari rumah (WFH) itu telah dibincangkan dalam mesyuarat kabinet dua minggu lalu namun tiada keputusan muktamad dibuat setakat ini.
KUALA LUMPUR: Cadangan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah (WFH) sempena Sidang Kemuncak ASEAN masih dalam peringkat penelitian dan belum diputuskan oleh Jemaah Menteri.
Ringkasan AI
- Cadangan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah (WFH) sempena Sidang Kemuncak ASEAN masih dalam peringkat penelitian dan belum diputuskan oleh Jemaah Menteri.
- Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyatakan bahawa mesyuarat Kabinet dua minggu lalu telah membincangkan perkara ini, namun tiada keputusan muktamad dibuat setakat ini. Keputusan akan dimaklumkan selepas mesyuarat Jemaah Menteri akan datang.
- Cadangan ini timbul berikutan kesulitan yang dihadapi oleh rakyat akibat penutupan jalan semasa lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia baru-baru ini.
“Sama ada minggu ini atau minggu depan, kita jangka akan ada maklumat tambahan. Namun setakat ini, belum ada sebarang pengumuman rasmi,” katanya ketika sidang media Kempen Kesihatan Awam Universiti Malaya, di sini, hari ini.
Beliau turut menjelaskan keputusan mengenainya akan dimaklumkan selepas mesyuarat Jemaah Menteri akan datang.
Pada 17 April lalu, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, cadangan mengenai WFH dan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) semasa Sidang Kemuncak ASEAN pada Mei dan Oktober ini akan dibawa ke perhatian Kabinet.
Beliau berkata cadangan ini timbul berikutan kesulitan yang dihadapi oleh rakyat, khususnya di Kuala Lumpur dan Putrajaya, akibat penutupan jalan semasa lawatan negara Presiden China Xi Jinping, ke Malaysia, baru-baru ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami