KUALA LUMPUR: Kabinet baharu Kerajaan Perpaduan harus dibentuk oleh satu barisan seimbang antara pemimpin parti-parti politik dan individu berkepakaran dan berpengalaman.
Ketua Eksekutif IDEAS Malaysia Dr Tricia Yeoh berpendapat, walaupun secara idealnya kabinet dianggotai mereka yang berkelayakan dalam bidang-bidang diperlukan, realiti politik juga harus disantuni.
“Sudah pasti kita mahu orang yang profesional, tetapi realitinya ialah, sesebuah kerajaan dibentuk oleh parti-parti politik dan kita tidak boleh menukar atau mengubah suai sistem itu secara 100 peratus.
“Jadi, penyelesaiannya ialah, supaya adanya keseimbangan antara mereka yang berpangkat dalam parti dan juga mereka yang ada kelayakan,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Khamis.
Pada masa sama, beliau berharap supaya dalam jangka masa panjang, lebih ramai golongan profesional dan berpengalaman menceburi dunia politik.
KABINET PERPADUAN NASIONAL 2023
Dengan itu, kepimpinan negara di masa hadapan akan dipenuhi oleh individu yang memenuhi kedua-dua kriteria iaitu berpangkat dalam parti dan juga berkelayakan tinggi dalam bidang masing-masing.
Israr Khalid
Fri Dec 02 2022

Untuk jangka masa panjang, Tricia mengharapkan lebih ramai golongan profesional dan berpengalaman menceburi bidang politik.

Polis rampas 500 kilogram dadah disorok dalam uncang teh
Pihak berkuasa Filipina dilaporkan merampas lebih 500 kilogram disyaki dadah jenis methamphetamine yang disembunyikan dalam uncang teh.
![AWANI 7:45 [29/03/2023] - Rauf bakal Ketua Menteri? | Keuntungan bersih RM6.986 bilion AWANI 7:45 [29/03/2023] - Rauf bakal Ketua Menteri? | Keuntungan bersih RM6.986 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2016247/41702521971680094932602_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [29/03/2023] - Rauf bakal Ketua Menteri? | Keuntungan bersih RM6.986 bilion
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz yang bersiaran di Dataran Putrajaya. Tumpuan #AWANI745 malam ini: - Khabar angin Melaka bakal terima Ketua Menteri baru Jumaat ini? - Untung bersih Bank Negara merosot hampir separuh. - PM umum Bantuan Khas Aidilfitri RM200 untuk penoreh getah, pesawah dan nelayan. - Harga siling ayam dan telur dimuktamadkan esok.

Ribut landa kampus UUM Sintok
Ribut serta hujan lebat melanda kampus Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, petang ini, menyebabkan beberapa batang pokok tumbang dan merosakkan infrastruktur universiti itu.

Penat dengan politik Bollywood punca Priyanka Chopra bawa diri
Chopra Jonas menyifatkan kehadirannya dalam industri Bollywood seolah ditolak ke satu sudut ketika itu.

Armada kecam tindakan laman FB Kelab Peminat Kartunis Zunar
Armada mengecam tindakan pemilik laman Facebook Zunar Cartoonist Fan Club yang dilaporkan mencemar kesyumulan Islam.

KPM rangka pelan tangani isu guru bersara awal
Kementerian Pendidikan (KPM) mengakui guru bersara awal adalah satu isu yang tidak boleh dipandang remeh.

Lawatan rasmi buka lembaran hubungan strategik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi ke China hari ini sehingga 1 April ini. Lawatan rasmi ini bakal membuka lembaran baharu dalam mengukuhkan hubungan strategik antara Kuala Lumpur dan Beijing ke arah yang lebih komprehensif. Wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad kini berada di Beijing untuk membawakan perkembangan terperinci jadual padat Perdana Menteri di China.

Kos Sara Hidup | Bazar Ramadan Rahmah, saingan kepada bazar biasa
Benarkah Bazar Ramadan Rahmah memberi saingan kepada bazar biasa?

Presiden UMNO sahkan Ketua Menteri Melaka letak jawatan
Desas-desus pertukaran Ketua Menteri Melaka akhirnya terjawab dengan peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri. Perkara itu disahkkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sambil menyatakan beliau menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam untuk mempersembah nama calon Ketua Menteri baharu.

Kos Sara Hidup | Bazar Ramadan Rahmah jadi tumpuan
Bazar Ramadan Rahmah kini menjadi jadi tumpuan rakyat untuk mendapatkan harga yang lebih murah. Wartawan Astro AWANI, Fareez Azman yang lakukan tinjauan di Putrajaya ada perinciannya.

Beberapa surat setuju terima projek Jana Wibawa libat ahli keluarga pemimpin politik
Beberapa SST yang dikeluarkan menerusi projek Jana Wibawa melibatkan ahli keluarga pemimpin utama parti politik tertentu.

Kabinet perlu seimbang antara pemimpin parti dan profesional - IDEAS
Walaupun secara idealnya kabinet dianggotai mereka yang berkelayakan dalam bidang-bidang diperlukan, realiti politik juga harus disantuni.

PM ke-10: Pemimpin seteru politik turut ucap tahniah kepada Anwar
Ramai pemimpin politik tanah air menzahirkan ucapan tahniah dan kata-kata nasihat kepada Anwar atas pelantikannya sebagai PM ke-10.

PRU15: Tiada pergerakan pemimpin politik ke Istana Negara hari ini - Sumber
Petugas media mula meninggalkan pekarangan Istana Negara dan kembali meneruskan tugasan lain.

Pemimpin politik dikenal pasti putar belit kenyataan PM - Annuar
Seorang pemimpin politik telah dikenal pasti menyebarkan sebahagian petikan video mengelirukan yang cuba memutarbelitkan kenyataan Perdana Menteri.

Penganjuran debat wajar diteruskan pada PRU15 - Noh
Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, penganjuran debat sudah diamalkan di kebanyakan negara terutama dalam proses memilih pemimpin.

Tindakan pemimpin politik Sweden bakar al-Quran melampau - Idris
Semua mereka yang beragama hendaklah sentiasa menghormati sesama agama, seperti mana yang dianjurkan oleh Islam.

Tiada isu khusus pertemuan Abdul Hadi-Tun Mahathir
Datuk Idris Ahmad berkata, ia hanya perjumpaan biasa yang lazim dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Pas.

Kita mengecewakan Tun Razak - Chandra Muzaffar
Kejayaan dan keselesaan dimiliki negara membuatkan ramai pemimpin selepas Tun Abdul Razak tidak mempunyai semangat sepertinya.

Etika, moral pemimpin politik Melayu semakin teruk - Prof Mohd Kamal
Etika dan moral pemimpin politik orang Melayu dilihat semakin menurun dan teruk pada era selepas kemerdekaan negara.