PUTRAJAYA: Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju pengambilan pekerja asing dibuka untuk semua sektor selain daripada sektor perladangan.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan menerusi kenyataan hari ini berkata mesyuarat itu juga bersetuju agar Malaysia menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi pengambilan pekerja asing dari Bangladesh.
Katanya Kabinet turut bersetuju supaya pelaksanaan levi pelbagai peringkat ditangguhkan dari 1 Jan 2022 kepada1 Julai 2022 agar majikan tidak terbeban.
Susulan itu, Saravanan berkata pengambilan pekerja asing akan dibuka untuk sektor yang dibenarkan bagi penggajian pekerja asing, iaitu perladangan, pertanian, perkilangan, perkhidmatan, perlombongan dan kuari, pembinaan dan perkhidmatan domestik.
"Memandangkan kemasukan pekerja asing akan merangkumi semua sektor pekerjaan yang dibenarkan dan bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19, Kementerian Sumber Manusia akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara untuk memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) kemasukan pekerja asing, termasuk aspek kuarantin bagi memastikan tiada kompromi dari segi keselamatan dan kesihatan," katanya.
Saravanan sebelum ini dilaporkan berkata negara berdepan masalah kekurangan pekerja yang kritikal membabitkan lima sektor 3D (kotor, bahaya, sukar) iaitu perladangan, pembuatan, pembangunan, pertanian dan perkhidmatan kerana tidak mendapat sambutan rakyat tempatan.
Selain itu, beliau berkata Jemaah Menteri telah bersetuju agar beliau menandatangani MoU dengan Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh Imran Ahmad bagi pengambilan pekerja Bangladesh di Malaysia.
"Kemasukan pekerja warga Bangladesh ini akan dilaksanakan sejurus MoU tersebut ditandatangani dalam masa terdekat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 10 2021
Kabinet katanya turut bersetuju supaya pelaksanaan levi pelbagai peringkat ditangguhkan dari 1 Jan 2022 kepada1 Julai 2022 agar majikan tidak terbeban. - Gambar fail
PRK KKB: Larangan berpolitik di masjid, surau masih berkuat kuasa - JAIS
Larangan itu turut termasuk sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) yang sedang berlangsung.
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup 35 warga asing
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan menyeludup masuk 35 pendatang asing warga Filipina di perairan Kudat, petang semalam.
TM akan percepatkan penggunaan teknologi AI tahun ini - Pengerusi
Telekom Malaysia Bhd (TM) sedang berhasrat untuk mempercepatkan lagi usaha dalam teknologi kecerdasan buatan (AI) tahun ini.
Akta Pembangunan Mineral 1994 perlu dipinda bagi penuhi keperluan REE negara
Akta Pembangunan Mineral 1994 perlu dipinda dalam usaha memenuhi keperluan pembangunan kerangka model perniagaan unsur nadir bumi (REE) negara.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi jejaki prestasi serantau
Ia seiring dengan pengukuhan niaga hadapan getah Shanghai berikutan sentimen dirangsang oleh data ekonomi China yang menggalakkan.
Kebakaran hutan tanah gambut di Rompin dijangka dipadamkan sepenuhnya seminggu lagi
Kebakaran di kawasan hutan tanah gambut di Rompin sejak Sabtu lepas dijangka dapat dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh seminggu lagi.
Fahmi bidas kenyataan Dr Afif mengenai calon PH bagi PRK
Fahmi membidas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Afif Bahardin yang dianggapnya membuat kenyataan seksis terhadap calon PH bagi PRK KKB, Pang Sock Tao.
Etika kewartawanan bezakan wartawan warga dengan pengamal media sebenar - Fahmi
Etika kewartawanan yang teguh amat penting dalam memastikan kemampanan industri media di negara ini.
Lebih 10,000 orang hilang di bawah runtuhan di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt
Perkhidmatan Pertahanan Awam Palestin pada Selasa berkata lebih 10,000 orang masih hilang di bawah runtuhan di seluruh Semenanjung Gaza sejak bermulanya serangan Israel pada 7 Okt 2023.
TLDM lancar penjajaran Pelan Transformasi 15to5
TLDM akan melancarkan dokumen Platform semasa Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2024 berlangsung pada 6 hingga 9 Mei ini.
Kiriman wang ke luar negara ceriakan sambutan Aidilfitri
Pasaran kiriman wang masuk antarabangsa di Malaysia meningkat 2.9 peratus pada 2022 untuk mencapai AS$1.63 bilion.
Industri sawit terjejas selepas pembekuan kuota pengambilan pekerja asing
Industri sawit terjejas dan menghadapi masalah untuk mengupah pekerja asing selepas kerajaan membekukan kuota pengambilan pekerja asing.
Tiga ejen pembantu rumah ditahan, eksploitasi wanita Indonesia
Operasi itu dijalankan sepasukan Unit Risikan Operasi, Bah
Verifikasi pekerja asing: Hanya 65 peratus majikan berbuat demikian - JIMNS
Majikan yang belum melakukannya digesa segera berbuat demikian dan lebih proaktif terhadap perkara itu kerana program berkenaan akan tamat pada 31 Mac ini.
Tarikh akhir pengambilan pekerja asing bagi program rekalibrasi kekal- Saifuddin
Tarikh akhir pengambilan pekerja asing menerusi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 yang akan berakhir pada 31 Mei dikekalkan atas faktor keselamatan negara.
KDN, KESUMA dicadang beri urusan pengambilan pekerja binaan asing kepada CLAB - Ahmad Maslan
KDN dan KESUMA dicadangkan supaya pengambilan pekerja asing untuk industri binaan, diuruskan sepenuhnya oleh CLAB.
Imigresen tahan 14,361 pendatang tanpa izin setakat 23 Feb
Jabatan Imigresen (JIM) telah menjalankan 2,528 operasi bermula 1 Jan hingga 23 Feb lepas dengan penahanan 14,361 pendatang tanpa izin.
Mapa bimbang perubahan dasar pemeriksaan perubatan pekerja asing
Majikan dalam pertubuhan perladangan bukan sahaja kecewa tetapi juga kesal dengan perubahan berkaitan keperluan baharu itu, daripada pemeriksaan perubatan tiga tahun kepada tahunan.
Pemaju, kontraktor, pengilang di Johor diarah selesai isu penempatan pekerja asing
Kerajaan Johor mengarahkan pemaju dan kontraktor serta pengilang di seluruh negeri itu, untuk menyelesaikan isu penempatan pekerja asing.
Pembekuan pengambilan pekerja asing dilanjutkan - Saifuddin
Keputusan berapa lama pembekuan itu akan dilanjutkan akan ditentukan oleh pihaknya dan Kementerian Sumber Manusia dalam masa terdekat.