awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Pendaki Brazil maut terjatuh ke dalam gaung di Gunung Rinjani, Indonesia
MALAYSIA
Kota MADANI di Presint 19 bukan 'Putrajaya kedua'
MALAYSIA
Pegawai kewangan rugi lebih RM4 juta ditipu sindiket pelaburan tidak wujud
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Kabinet setuju tubuh pasukan petugas khas siasat Tommy Thomas - PM

Astro Awani
Astro Awani
09/10/2021
07:14 MYT
Sponsor Banner
Kabinet setuju tubuh pasukan petugas khas siasat Tommy Thomas - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa pasukan petugas tersebut ditubuhkan bagi membuat kajian awal sebelum sebarang tindakan seterusnya diambil terhadap Tan Sri Tommy Thomas. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kabinet bersetuju menubuhkan sebuah pasukan petugas khas siasatan berhubung dakwaan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dalam bukunya “My Story: Justice in the Wilderness”.
Menurut satu kenyataan hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa pasukan petugas tersebut ditubuhkan bagi membuat kajian awal sebelum sebarang tindakan seterusnya diambil terhadap Tommy Thomas.
“Pasukan petugas ini akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara yang akan dilantik dalam masa terdekat. Sementara itu, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dan Jabatan Peguam Negara (AGC) bertindak sebagai urusetia.”
Menurut kenyataan itu lagi, pasukan tersebut antara lain bertujuan untuk menyiasat dakwaan Tommy Thomas mengenai salah guna kuasa dalam isu pelantikan hakim, campur tangan badan eksekutif melampau dalam badan kehakiman, pendakwaan terpilih dan bersifat politik serta pelanggaran sumpah kerahsiaan.
BACA: Kabinet setuju tubuh jawatankuasa khas siasat kes kematian Muhammad Adib - PM
BACA: Pasukan petugas khas diwujudkan, semak semula kes Pulau Batu Puteh - PM
Dalam kenyataan yang sama, Kabinet turut bersetuju mewujudkan jawatankuasa khas bagi menyiasat dan menyemak semula dua kes berasingan, iaitu berhubung kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dan kes Pedra Branca/Pulau Batu Puteh.
“Penubuhan jawatankuasa khas ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan kes kematian Allahyarham Adib, 24, yang juga anggota unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, mendapat keadilan dan sekaligus pelaku kematian Adib dihadapkan ke muka pengadilan,” kata Perdana Menteri dalam kenyataan itu.
Bagi kes Muhammad Adib, jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan turut dianggotai oleh Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.
Manakala bagi kes Pedra Branca/Pulau Batu Puteh, pasukan petugas khas akan dipengerusikan oleh bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Topic Berkaitan
#Tommy Thomas
#My Story Justice in the Wilderness
#petugas
#Ismail Sabri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami