Astro Publication
Mon Nov 17 2014
Shell bersama-sama Maybank dan American Express sekarang bekerjasama untuk memperkenalkan kad prabayar Shell easiGO American Express, cara baru yang bijak dan selamat untuk mengisi bahan api kenderaan anda.
“Kami terdorong untuk menghasilkan produk pembayaran yang bukan sahaja menyenangkan, malah, selamat dan tidak melibatkan transaksi tunai demi memberi mereka pengalaman yang positif di Shell. Selain itu, kami juga ingin memberi mereka ganjaran dan membantu mengurus perbelanjaan mereka,” kata Tuan Haji Azman Ismail, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd.
Kad prabayar Shell easiGO turut memberikan manfaat insurans lumpuh kekal keseluruhan percuma bernilai RM15,000 pada tahun pertama. Pembelian minyak pelincir di kedai Shell Select juga mendapat diskaun 10%. Selain itu, anda juga boleh menggunakan kad easiGO ini di mana-mana kedai yang menerima kad American Express di seluruh dunia.
Pengguna juga dapat mengumpul sistem mata ganjaran Maybank Treatpoints di mana 1 mata ganjaran diberi untuk setiap RM3 yang dibelanjakan. Proses tambah nilai kad easiGO ini boleh dilakukan di pelbagai lokasi, termasuk di stesen Shell, lebih 3,000 mesin ATM, melalui maybank2u serta GIRO.
Anda boleh memohon kad Shell easiGO American Express ini dengan membeli ‘starter pack’ di stesen Shell yang terlibat di seluruh negara; kemudian hantar borang yang telah diisi bersama dokumen yang perlu kepada Maybank melalui pos, faks atau emel.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Kad prabayar Shell dilancarkan
Memudahkan pembelian bahan api kenderaan di Shell, dan juga apa-apa barangan di kedai Select. Cukup selamat