Kadar baharu tarif air bagi semua negeri kemungkinan diumumkan hujung tahun ini.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar berkata bagaimanapun perkara itu akan dibawa kepada Jemaah Menteri terlebih dahulu untuk dibincangkan.
"Setelah Jemaah Menteri bersetuju dengan kadar baharu ini baru saya akan umumkan kenaikan bagi setiap negeri, kemungkinan pada hujung tahun ini, tetapi saya tidak boleh janji apa-apa," katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan Larian Keamanan 2019 di Dataran Pantai Morib di sini hari ini.
Turut hadir Setiausaha Agung Persatuan Soka Gakkai Malaysia (SGM), Lok Chee Khong dan Ahli Dewan Undangan Negeri Morib, Hasnul Baharuddin.
Seramai 1,500 peserta menyertai larian berkenaan yang pertama kali diadakan di luar Klang sejak ia dianjurkan oleh SGM pada 2005.
Ditanya mengenai peratusan kenaikan tarif air itu, Dr Xavier berkata pihaknya akan memastikan kenaikan itu kelak tidak membebankan rakyat.
"Kita faham situasi rakyat, tetapi pada masa sama yang rakyat perlu faham bahawa industri air sudah lama tidak ada perubahan dan ia memerlukan modal operasi yang besar," katanya.
Mengulas mengenai larian berkenaan, Ahli Parlimen Kuala Langat itu berkata acara seperti itu penting sebagai wadah untuk rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan kaum untuk bersama-sama membina negara yang aman, damai dan sejahtera.
"Perkara ini penting terutamanya bagi anak muda kita kerana mereka lah yang akan tentukan masa depan negara dan saya berharap acara ini akan diteruskan di masa hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 08 2019
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar berkata bagaimanapun perkara itu akan dibawa kepada Jemaah Menteri terlebih dahulu untuk dibincangkan. - Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Kadar baharu tarif air mungkin diumum hujung tahun ini
Kadar baharu tarif air bagi semua negeri kemungkinan diumumkan hujung tahun ini.