awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar denda GEG dikurangkan kepada RM500 - Khairy

Astro Awani
Astro Awani
01/08/2022
11:23 MYT
Kadar denda GEG dikurangkan kepada RM500 - Khairy
Khairy memaklumkan, tiada hukuman untuk pemilikan bagi semua kesalahan berkaitan GEG. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan pengurangan denda standard untuk ‘Generational End Game’ (GEG) dalam Akta daripada RM5,000 kepada RM500.
Menerusi akaun Twitternya, Khairy memaklumkan, hukuman denda diganti dengan khidmat masyarakat sebagai pilihan.
"Tiada pemeriksaan badan bagi sesiapa di bawah umur 18 tahun. Tiada hukuman untuk pemilikan bagi semua kesalahan berkaitan GEG," katanya.
1. Reduction of standard fines for GEG in the Act from RM 5,000 to RM 500. 2. Addition of community service as an option in lieu of a fine (as mandated by court) 3. No body search for anyone under the age of 18 4. No punishment for possession for all GEG-related offences.
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) August 1, 2022
Rang Undang-undang Kawalan Tembakau dan Merokok 2022 yang bertujuan mengharamkan penjualan rokok dan produk vape kepada mereka yang lahir pada 1 Janu ari 2007 dan seterusnya dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada 27 Julai lalu.
Pada awalnya, RUU tersebut menetapkan mana-mana individu lahir pada atau selepasa tarikh tersebut yang membeli produk sedemikian boleh didenda sehingga RM5,000.
RUU itu juga mencadangkan bahawa mana-mana individu atau organisasi yang mengimport, mengilang dan mengedar produk tembakau, bahan rokok dan produk gantian tembakau tanpa lesen turut akan dihukum.
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, RUU itu dibentangkan bertujuan melindungi generasi muda daripada terjebak dengan tabiat merokok selain mengurangkan kematian akibat penyakit berkait rokok.
Selain itu, ia juga diyakini dapat mengurangkan peratus perokok di Malaysia kepada kurang lima peratus menjelang 2040 berbanding kira-kira 21 peratus ketika ini.
Khairy berkata, jika sasaran lima peratus tidak dicapai dalam tempoh itu, negara akan kehilangan dua juta nyawa akibat merokok, termasuk perokok pasif.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Menteri Kesihatan
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#RUU Kawalan Tembakau dan Merokok 2022
#Generational End Game
#GEG
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan