awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RUU Jenayah Siber dijangka dibentangkan Mac ini - Ahmad Zahid
Lagi pegawai kanan tentera ditahan, disyaki terlibat rasuah
Dakwaan salah laku dan rasuah, Jabatan Penjara serah siasatan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar kemalangan: Malaysia perlu lakukan pelaburan besar dalam pengangkutan awam rel

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
15/05/2022
12:33 MYT
Kadar kemalangan: Malaysia perlu lakukan pelaburan besar dalam pengangkutan awam rel
Malaysia perlu membuat pelaburan besar terutamanya dalam pengangkutan berkonsepkan rel sebagai antara usaha mengurangkan kadar kemalangan dalam negara. - Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Malaysia perlu membuat pelaburan besar terutamanya dalam pengangkutan berkonsepkan rel sebagai antara usaha mengurangkan kadar kemalangan dalam negara.
Pengerusi Lembaga Pengarah Global Alliance of Road Safety, Prof Dr Kulanthayan KC Mani berkata, itu yang dilakukan banyak negara maju dan terbukti kadar kemalangan jalan raya di negara tersebut rendah.
“Saya bagi satu gambaran yang agak mudah, apabila sistem pengangkutan rel, bermaksud ia tak kongsi laluan tersebut dengan mana-mana kenderaan lain.
BACA: Lokasi nahas rentung catat 17 kes kemalangan
BACA: Malaysia kekal dalam senarai 10 negara paling bahaya memandu di dunia
“Apabila kita tidak berkongsi, risiko kita kurang dan kemalangan jarang berlaku. Kaedah paling baik adalah memindahkan sebilangan trafik kepada pengangkutan awam.
“Seperti saya syorkan, pengangkutan awam rel cukup selamat, kemudian perlu dibantu dengan pengangkutan awam darat,” katanya ketika bersiaran secara langsung dalam Buletin AWANI pada Ahad.
Tambah beliau, cadangan itu bukanlah bermaksud memindahkan semua pengguna jalan raya kepada pengangkutan awam.
Begitupun, katanya, sekiranya pengguna mempunyai jaringan pengangkutan awam yang baik di lokasi mereka, tidak salah sekiranya mereka bertukar kepada pengangkutan awam.
Op Selamat 18 | Jumlah kemalangan maut meningkat 7 peratus
“Apa yang pasti, statistik kemalangan dalam negara kita, pengangkutan awam menyumbang paling kurang dalam kemalangan,”ujarnya.
Sebelum ini, media melaporkan Malaysia antara 10 negara di dunia yang paling berbahaya untuk memandu.
Berdasarkan data dikeluarkan firma pendidikan pemanduan antarabangsa, Zutobi, Malaysia berada di kedudukan kelapan dengan skor keselamatan direkodkan hanya 5.63 daripada 10.
Pemandu atau jalan raya yang bahaya?
Topic Berkaitan
#kemalangan
#jalan raya
#pengangkutan awam
#rel
#Prof Dr Kulanthayan KC Mani
#Global Alliance of Road Safety
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan