awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar kemalangan tinggi pengguna motosikal: PM zahir kebimbangan

Bernama
Bernama
06/08/2024
15:19 MYT
Kadar kemalangan tinggi pengguna motosikal: PM zahir kebimbangan
Anwar berkata kebimbangan sama turut dizahirkan oleh Tan Sri Lee Lam Thye yang mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri hari ini. - Gambar FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kebimbangan terhadap kadar kemalangan tinggi dalam kalangan pengguna motosikal yang berkait dengan kelemahan penguatkuasaan undang-undang selain isu penyelenggaraan jalan raya.
Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau berkata kebimbangan sama turut dizahirkan oleh Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye yang mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri hari ini.
"Antara inti pati pertemuan kami adalah mengenai isu keselamatan jalan raya dan keselamatan di tempat kerja.
"Saya berharap NGO seperti ini dan lain-lain lagi, akan terus memberi khidmat kepada komuniti dalam membina budaya keselamatan yang mampan selain turut memainkan tanggungjawab dalam menyampaikan misi dan hasrat kerajaan khususnya kesedaran tentang Malaysia MADANI," katanya.
Anwar berkata pertubuhan bukan kerajaan yang diterajui Lee, seorang aktivis sosial berpengaruh, berperanan mempromosi kempen kesedaran, keselamatan dan mendidik masyarakat dalam membentuk budaya selamat, sihat serta mewujudkan suasana kerja kondusif.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#NGO
#Lee Lam Thye
#motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan