KUALA LUMPUR: Kadar kematian akibat Tuberkulosis (tibi - penyakit batuk kering) di Malaysia meningkat lima peratus dan pengesanan kes menurun sebanyak 10 peratus tahun lepas berbanding 2019, berikutan kesan kemunculan pandemik COVID-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata disebabkan persamaan tertentu dalam sifat kedua-dua penyakit berjangkit ini, ia membawa kepada kemunculan beberapa akibat yang tidak dapat dielakkan.
Menurutnya semasa langkah-langkah bagi membendung wabak itu mengalihkan sumber dan memberi kesan kepada perkhidmatan rawatan penting tibi dalam negara, langkah-langkah seperti memakai topeng muka, penjarakan fizikal, mengelakkan tempat yang sesak dan meningkatkan kesedaran kebersihan dan membantu mengurangkan penyebaran kuman tibi, katanya.
Beliau berkata demikian dalam nota intervensi di mesyuarat The Regional Committee Meeting Sesi ke-72 bagi Pasifik barat (RCM72), yang berlangsung di Himeji, Jepun hari ini.
Beliau berkata Malaysia sangat berhati-hati dalam memastikan bahawa kemajuan yang dicapai dalam penjagaan dan pencegahan tibi tidak dibantutkan oleh pandemik COVID-19 dan telah memperkenalkan pendekatan norma baharu terutamanya dalam mengesan dan merawat pesakit tibi.
"Perundingan maya dan Terapi Pemerhatian Terus (DOT) telah diamalkan sejak permulaan pandemik, dan ujian serentak bagi tibi dan COVID-19 digalakkan dengan mengambil kira persamaan simptom," katanya, sambil menambah aktiviti capaian dijalankan dengan menyasarkan kumpulan berisiko tinggi dan kawasan hotspot untuk tibi.
Khairy berkata penyakit itu kekal menjadi kebimbangan utama kesihatan awam utama di negara ini dengan kadar pemberitahuan tibi (kes tibi baharu dan berulang dimaklumkan pada tahun tertentu) sebanyak 72 bagi setiap 100,000 penduduk dan kadar kematian 7.1 bagi setiap 100,000 penduduk tahun lepas.
Beliau berkata Malaysia melaporkan sekitar 20 hingga 21 peratus jangkitan tibi tersembunyi setiap tahun, yang mempunyai potensi risiko untuk beralih kepada tibi aktif pada tahun-tahun berikutnya, namun pengambilan langkah-langkah rawatan pencegahan tibi masih perlahan, iaitu sekitar 60 peratus untuk 2020.
"Drug resistant tibi (DRTB) berterusan dan mengancam keselamatan kesihatan kita. Malaysia akan terus memperkukuh saringan tibi terpendam dan akan terus menyediakan Terapi Pencegahan Tibi (TPT) dan memastikan DRTB dikenal pasti dan dirawat dengan sewajarnya," katanya.
Khairy berkata Malaysia komited sepenuhnya untuk mencapai sasaran menamatkan tibi menjelang 2035 dan telah membangunkan Pelan Strategik Nasional untuk Menamatkan Tibi (2021-2030) selaras dengan strategi yang dicadangkan oleh Pejabat Serantau Pasifik Barat Pertubuhan Kesihatan Dunia (WPRO).
"Sehubungan itu, Malaysia menyokong Rangka Kerja Serantau Pasifik Barat untuk Menamatkan Tibi (2021-2030)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 28 2021
Khairy berkata disebabkan persamaan tertentu dalam sifat kedua-dua penyakit berjangkit ini, ia membawa kepada kemunculan beberapa akibat yang tidak dapat dielakkan. - Gambar fail
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
Pekerja kedai makan ditemukan maut di hostel
Hasil pemeriksaan pegawai perubatan telah mengesahkan punca kematian adalah disebabkan penyakit Tibi.
Tahanan lelaki meninggal dunia di Kuantan kerana Tibi - Bukit Aman
OKT disahkan mengidap penyakit Tuberkulosis (Tibi) hasil bedah siasat yang dijalankan.
Penularan kes tibi di Malaysia menurun
Penting pesakit mendapatkan rawatan awal bagi mengelak komplikasi dan kematian serta mencegah penularan.
Penghidap tibi dihukum penjara dan sebatan kerana menculik dan mencabul
Majistret Siti Shakirah Mohtarudin menjatuhkan hukuman tersebut terhadap G.Jagajasen, selepas dia mengaku bersalah.