SHAH ALAM: Kerajaan digesa untuk menambah baik kadar pencen hilang upaya (PHU) dan kadar elaun sentiasa (ELS) yang terlepas pandang sejak 22 tahun lalu.
Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), Datuk Sharuddin Omar berkata, kerajaan sudah sedia maklum bahwa PHU dan ELS kepada veteran cedera ketika bertugas masih menggunakan kadar lama dan ia harus dikaji semula kerana sudah lapuk.
"Saya difahamkan ketika ini jumlah penerima faedah PHU tidaklah terlalu besar jumlahnya, hanya seramai 1,798 veteran yang cedera parah semasa bertugas.
"Sebilangan besar mereka cedera dalam operasi menentang Parti Komunis Malaya (PKM) di zaman negara menghadapi Darurat Kedua.
"Mereka adalah veteran yang cedera di tahap 21 hingga ke 100 peratus ketika bertugas. Daripada jumlah berkenaan, 14 orang Veteran PHU layak menerima ELS," katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian.
Beliau menambah, kajian itu telah dibengkelkan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) sejak tahun lalu dengan harapan kerajaan tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk melaksanakannya.
Sharuddin mengambil contoh, ada dalam kalangan veteran yang mengalami kecederaan kekal sejak 1976 namun kerajaan hanya mampu membayar sebanyak RM114.24 setiap bulan.
"Sebagai contoh seorang veteran dari Kampung Kok Lanas, Ketereh, Kelantan putus kaki dari buku lali ke bawah terpijak 'booby trap' komunis di Gubir, Sik, Kedah pada tahun 1976.
"Kecederaan kekal akibat tindakan musuh hanya dibayar PHU RM114.24 sebulan. Bayangkan kecederaan berlaku sejak tahun 1976 (sudah 47 tahun yang lalu). Namun, kerajaan hanya mampu bayar RM114.24 sebulan," katanya.
Rabu lalu, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari dilaporkan berkata, kerajaan sedang menilai semula skim pencen bekas anggota ATM secara menyeluruh termasuk pemberian pencen hilang upaya, kebajikan dan pengurusan perkhidmatan kesihatan.
Ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat itu beliau berkata, antara lain adalah menjalankan kajian dan semakan semula itu mengambil kira pelbagai aspek termasuk tangga gaji, keadaan hilang upaya dan tanggungannya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 25 2023
Kerajaan digesa untuk menambah baik kadar pencen hilang upaya (PHU) dan kadar elaun sentiasa (ELS) yang terlepas pandang sejak 22 tahun lalu. Gambar kecil: Sharuddin
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
Pasaran IPO London merosot, persaingan sengit dari Timur Tengah dan Asia
Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) London jatuh dengan ketara tahun ini lantaran penilaian rendah dan pelabur hilang selera terhadap pasaran semasa.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Selena Gomez umum pertunangan dengan Benny Blanco
Pengumuman pertunangan mereka dibuat melalui Instagram, di mana Selena memperlihatkan cincin bertatah berlian dengan kapsyen "Forever begins now".
Seorang kanak-kanak Israel cedera ditembak
Seorang kanak-kanak lelaki Israel berada dalam keadaan kritikal berikutan insiden tembakan di sebuah bas berhampiran Beit Jala, di Tebing Barat yang diduduki Israel.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
RM100 juta diperuntuk tingkat minat murid dalam bidang STEM
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, sebanyak RM100 juta telah diperuntukan pada tahun 2024 untuk tujuan meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS
Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS