Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menyasarkan skuad The Red Warriors (TRW) berada dalam kelompok kedudukan kesepuluh teratas, dalam saingan Liga Super musim ini.
Penasihat KAFA Tan Sri Annuar Musa berkata pada saingan musim ini, Kelantan hanya tampil sebagai pasukan 'underdog' yang akan memulakan aksi dalam Liga Super menentang Melaka United di Stadium Sultan Muhammad Ke IV di sini, malam esok.
"Piala Malaysia dan juga Piala FA, kami tidak meletakkan sasaran (untuk menjuarainya) khusus untuk tahun ini, asalkan mereka (pemain) kompetitif dan menunjukkan kualiti permainan yang bagus pada setiap perlawanan.
"Kami tiada tekanan untuk mendapatkan piala, hanya mahukan Kelantan terus kekal dan dapat beraksi dalam saingan Liga Super musim depan yang musim 2018 kami berhasrat membina pasukan terkuat dalam sejarah bola sepak negara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Jersi 2017 dan Pengenalan Konsortium Penaja Al Hamra di sini, pada Jumaat.
Pada majlis itu, KAFA turut memperkenalkan barisan pemain skuad TRW, jersi rasmi pasukan dan penaja utama Kelantan musim ini.
Mengenai penyertaan beberapa bekas pemain Kelantan yang pernah membantu TRW memenangi tiga kejuaraan pada 2012 dalam TRW musim ini, Annuar berkata kehadiran mereka tidak boleh dibandingkan seperti kecemerlangan yang dikecapi mereka pada masa lalu.
"Bola sepak adalah realiti, banyak pasukan yang bersaing sudah melakukan perubahan, kami perlu melihat ke hadapan untuk kemajuan.
"Kehadiran mereka untuk membantu memperkuatkan pasukan bagi mengulangi pencapaian enam tahun lalu dan pasukan perlu bekerja keras lagi," katanya.
Antara pemain berkenaan ialah pemain import dari Lubnan, Mohammed Mahmoud Ghaddar, S. Subramaniam, Mohammad Ab Aziz Ismail dan Indra Putra Mahayuddin, Mohd Norfarhan Muhammad dan Mohd Daudsu Jamaluddin.
Sementara itu, dua pemain import baharu yang sah beraksi bersama Kelantan musim ini ialah Mamadou Danso, 33, dari Gambia dan Alessandro Padovani Celin, 27, dari Brazil. -- Bernama
Bernama
Sat Jan 21 2017
ANNUAR: Bola sepak adalah realiti, banyak pasukan yang bersaing sudah melakukan perubahan, kami perlu melihat ke hadapan untuk kemajuan. - Gambar fail
Serangan Balai Polis: Tujuh individu direman hari ini
Tujuh individu, termasuk lima ahli keluarga suspek, akan direman bagi membantu siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram. Dua anggota polis maut dalam kejadian tersebut.
Kita bersama wakil Astro AWANI Johor, Siti Nur Aqilla Omar, yang akan mengikuti liputan berkenaan hari ini.
Kita bersama wakil Astro AWANI Johor, Siti Nur Aqilla Omar, yang akan mengikuti liputan berkenaan hari ini.
AWANI Pagi: Kapas Marathon Crossing Swimathon 2024
Kerajaan Negeri Terengganu anjur kejohanan sukan renang marathon patuh syariah, yang pertama di Malaysia.
Sistem e-Jamin diteruskan
Kerajaan akan meneruskan penggunaan sistem pengurusan ikat jamin elektronik atau e-Jamin.
Israel pertahan hak serang Rafah di ICJ
Pasukan peguam Israel di ICJ menegaskan ia mempunyai hak mempertahankan diri dari Hamas, walaupun Afrika Selatan memohon hentikan serangan di Rafah.
Bantuan AS untuk Gaza tiba di Cyprus menanti pemindahan
White House mengesahkan bantuan tambahan AS untuk Gaza kini tiba di Cyprus, menunggu pemindahan melalui jeti sementara yang dibina di wilayah itu.
FIFA dapatkan nasihat perundangan sebelum gantung Israel
FIFA akan mendapatkan nasihat perundangan sebelum bersidang pada Julai untuk membincangkan permohonan Palestin menggantung Israel dari perlawanan antarabangsa.
Alami era baharu televisyen dikuasakan AI daripada Samsung
Empat ciri utama diketengahkan: 'AI Image Upscaling', 'AI Sound', 'AI Energy Mode', dan paling penting, 'AI Security.'
ProAIBI2024 anjuran Politeknik dan Kolej Komuniti fokus Kelestarian Alam Bina
ProAlBi 2024 tahun ini memperkenalkan segmen baru dengan kolaborasi antarabangsa dari Kolok Industrial and Community Education College, Thailand.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah Jawatankuasa Bersama Dalam Perdagangan kepada Suruhanjaya Bersama
Kedua-dua negara juga bersetuju untuk menganjurkan penglibatan perniagaan dua hala secara kerap.
Polis siasat ancaman jemaah islamiyah dalam negara
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sejauh mana ancaman daripada Jemaah Islamiyah (JI) di dalam negara ketika ini, susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada awal pagi Jumaat.
Keputusan UPKK Khamis depan
Keputusan UPKK Tahun 2024 boleh disemak pada 18 April bermula jam 12 tengah hari.
8,715 kelas KAFA sepenuh masa di Perak - MB
Sekolah-sekolah itu diurus tadbir oleh Jemaah Pengurusan Sekolah yang terdiri daripada kalangan masyarakat setempat.
Kerajaan pusat serah peruntukan lebih RM64 juta menerusi Jakim kepada Sabah
Ia bagi membayar imbuhan tahunan dan elaun 6,857 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), imam, bilal, siak dan guru takmir di negeri itu.
LZS kutip RM562 juta zakat setakat Julai tahun ini
Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjaya mengutip zakat berjumlah RM562 juta sehingga Julai tahun ini, dengan RM89 juta daripadanya merupakan zakat perniagaan.
Penganjur acara diminta wujud garis panduan elak perlakuan kurang senonoh
Abdul Halim berkata ia penting bagi menjaga nilai dan akhlak peserta terutama yang beragama Islam sekali gus mereka menjadi contoh kepada masyarakat.
Belanjawan 2023: RM1.5 bilion peruntukan martabat syiar Islam - Anwar
Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM1.5 bilion sebagai usaha untuk memartabatkan syiar Islam.
Penyertaan 88 peratus pelajar, lima kelas KAFA tulen pastikan tiada keciciran - MB
Pelbagai usaha dilaksanakan bagi memperkasa institusi KAFA, di samping memastikan tiada pelajar yang tercicir daripada mengikutinya.
Annuar akan kembali ke arena bola sepak
Beliau berhasrat membantu pasukan TRW menghidupkan semula semangat 'gelombang merah' yang pernah disegani di negara sebelum ini.
Tarikh ujian penilaian kelas KAFA 2022 dipinda - Jakim
Tarikh pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) (Bertulis) yang dijadualkan pada 14 hingga 17 Nov depan dipinda kepada 28 Nov hingga 1 Dis berikutan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Guru KAFA Selangor enggan vaksin berdepan risiko ditamat perkhidmatan - MB
Tindakan tersebut perlu diambil bagi mengelak pelajar-pelajar KAFA terdedah kepada risiko dijangkiti COVID-19.