Kajian Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) tidak dijalankan untuk projek pembinaan jalan berkembar Bukit Kukus, Paya Terubong setelah mendapat pengecualian daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS), persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang diberitahu hari ini.
Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri Jagdeep Singh Deo berkata Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) dan Pelan Kawalan Hakisan dan Mendapan (ESCP) telah disediakan bagi memastikan pembinaan jalan itu dilaksanakan dengan baik.
"Projek pembinaan jalan berkembar ini merupakan kerja-kerja menaik taraf Jalan Bukit Kukus sedia ada dan membina jalan sambungan baharu dari Lebuhraya Thean Teik ke Lebuhraya Bukit Jambul.
"Jarak jalan yang dicadangkan bagi projek ini ialah sepanjang 5km iaitu 800 meter dibina oleh pemaju Geo Valley Sdn Bhd, 1.4km oleh PLB Land Sdn Bhd manakala baki jalan dibina oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
"Penglibatan dua syarikat berkenaan dalam projek ini adalah berdasarkan syarat-syarat pemajuan yang dikenakan ke atas kedua-dua pemaju. Bahagian jalan yang dibina oleh MBPP pula proses tender terbuka telah dijalankan bagi pelantikan kontraktor untuk projek ini," katanya ketika menjawab soalan lisan Muhamad Yusoff Mohd Noor (BN-Sungai Dua) pada persidangan DUN Pulau Pinang, di sini.
Muhamad Yusoff ingin tahu sama ada kerajaan negeri membuat kajian tanah dan kajian EIA bagi pembinaan jalan berkembar itu serta penglibatan tiga pihak dalam projek berkenaan.
Menjawab soalan Muhamad Yusoff yang mempersoalkan tindakan kerajaan negeri meneruskan projek berkenaan walaupun terdapat masalah struktur tanah (peroi), Jagdeep berkata tidak timbul isu tanah peroi seperti yang dinyatakan oleh pakar Tanah Runtuh Pengurusan Bencana dan Hakisan Tanah dari Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Habibah Lateh sebelum ini kerana reka bentuk pembinaan jalan berkembar itu dibuat berdasarkan hasil kajian tanah dan ujian-ujian tanah yang telah dijalankan.
Katanya bahagian tanah yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan projek itu pada 19 Okt lepas adalah cerun yang ditambun secara sementara untuk laluan kenderaan dan pelantar kerja.
"Punca tanah runtuh masih sedang dikaji. Pada ketika ini, pihak kerajaan negeri dan MBPP telah menubuhkan Jawatankuasa Siasatan Khas untuk menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian tanah runtuh dan seterusnya memberi cadangan penambahbaikan bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh pada masa depan," katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri akan meneruskan projek itu kerana ia adalah projek infrastruktur yang akan memanfaatkan rakyat, bagaimanapun pihaknya akan memastikan aspek dan langkah keselamatan di tapak pembinaan diperketatkan.
Sementara itu, menjawab soalan tambahan Goh Choon Aik (PH-Bukit Tambun) yang ingin tahu sama ada pengecualian EIA oleh JAS itu menyebabkan kajian terperinci tidak dijalankan sepenuhnya berikutan penemuan aliran air di kawasan pembinaan itu yang menjadi punca kepada kejadian tanah runtuh itu, Jagdeep berkata pihaknya sedang menunggu laporan siasatan berhubung insiden itu.
"Saya pun hendak jawapan tersebut. Apabila kajian selesai kita akan dapat jawapan tersebut sama ada dia patuhi ataupun tidak kerana ini semua garis panduan yang perlu dipatuhi mereka sebagai jurutera geoteknikal dan kontraktor.
"Kita harap siasatan dapat diselesaikan secepat mungkin. Sekiranya mana-mana pihak tidak ikuti garis panduan yang ditetapkan termasuk undang-undang maka tindakan boleh diambil," katanya.
Kejadian tanah runtuh itu dilaporkan berlaku di tapak projek jalan berkembar Bukit Kukus, kira-kira 1.56 tengah hari, 19 Okt lalu yang mengorbankan sembilan orang manakala empat lagi cedera dan turut sama tertimbus 13 kontena dan sebuah rumah kongsi.
Insiden tanah runtuh di Paya Terubong itu merupakan kejadian kedua seumpamanya berlaku di negeri ini selepas tanah runtuh di tapak projek perumahan mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah tahun lepas yang meragut nyawa 11 pekerja terdiri daripada seorang rakyat tempatan, lima Bangladesh, dua Indonesia, dua Myanmar dan seorang warga Pakistan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 13 2018

Insiden tanah runtuh di Paya Terubong merupakan kejadian kedua seumpamanya berlaku di negeri ini selepas tanah runtuh di tapak projek perumahan mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah tahun lepas. - Gambar fail

Belanjawan 2024: Levi luar biasa bagi penanam sawit Sabah, Sarawak - MPOA
MPOA turut memohon kerajaan untuk menyemak semula ambang harga WPL sebanyak RM500 satu tan minyak sawit mentah.

Pelaksanaan Garis Panduan Buli, Gangguan Seksual perlu komitmen semua pihak - Pakar
Garis Panduan Salah Laku Buli dan Gangguan Seksual akan menjadi komponen penting dalam mewujudkan ekosistem yang selamat di institusi pendidikan.

Pengemaskinian Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan percepat tindakan agensi terlibat
Antara tindakan yang perlu dilaksanakan adalah Nadma akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana.

Lebih 175,000 saman aktif terhadap kenderaan barangan belum dilunaskan - JPJ
Selangor mencatatkan jumlah saman tertinggi sebanyak 61,940 dengan setiap saman yang dikenakan adalah sekurang-kurangnya RM300.

Tindakan 400 jemaah B40 tolak subsidi haji bantu lestarikan kewangan Tabung Haji - Mohd Na'im
Tindakan 400 jemaah haji kategori B40 yang menolak pemberian subsidi tahun ini meskipun layak menerimanya dilihat mampu membantu melestarikan kewangan Tabung Haji.

Ada pihak cemburu, mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ada pihak tidak senang dan mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan kerana cemburu dengan kekuatan gabungan itu.

Polis Pakistan tumpas sindiket dalangi 328 pemindahan buah pinggang haram
Kumpulan itu akan mengenakan bayaran kepada pesakit tempatan US$10,000 dan mengenakan bayaran kepada warga asing US$35,000.

Pihak sorok beras akan diambil tindakan undang-undang - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran, mana-mana pihak yang didapati menyorok beras di negara ini akan diheret ke mahkamah.
Pertemuan Speaker: Keterjaminan makanan, perubahan iklim antara topik perbincangan
Mesyuarat melibatkan dua negara itu adalah merupakan langkah berterusan Parlimen Malaysia dalam meningkatkan kerjasama pelbagai hala antara Parlimen di negara Asia Tenggara.
Kumpul berjuta pensel, dinding kedai umpama lukisan berwarna-warni
Menurut al-Mandalawi, sejak muda dia menggunakan wang gajinya untuk membeli pensel dan kini berusia 56 tahun, tidak hairanlah koleksinya kini sudah berjuta.

Tragedi Bukit Kukus: MBPP antara 4 pihak bertanggungjawab
Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah dikenal pasti sebagai antara empat pihak yang bertanggungjawab ke atas insiden tanah runtuh di Bukit Kukus Oktober lalu.

Kajian EIA tidak dijalankan untuk projek jalan berkembar Bukit Kukus - Exco
Kajian Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) tidak dijalankan untuk projek pembinaan jalan berkembar Bukit Kukus, Paya Terubong setelah mendapat pengecualian daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS), persidan

Tragedi Bukit Kukus: Mayat dengan jari kaki bengkok itu adik saya - Abang mangsa
Mayat Mohamad Abd Jalil, 31, ditemui dalam keadaan tidak sempurna dengan sebahagian anggota badan serta kepala tercerai daripada tubuh di bawah timbunan tanah pada kedalaman 10 meter.

Tragedi Bukit Kukus: Mayat ketujuh tidak sempurna - Polis
Mayat ketujuh tragedi tanah runtuh Jalan Bukit Kukus, Md Abdul Jalil, ditemui dalam keadaan tidak sempurna.

Tragedi Bukit Kukus: Mayat ketujuh ditemui
Mayat Md Abd Jalil, seorang warga Bangladesh berusia 34 tahun, ditemui pada pukul 4.30 petang tadi.

Tragedi Bukit Kukus: Mungkin lebih ramai mangsa tertimbus - Bomba
Pihak Bomba tidak tolak kemungkinan lebih ramai mangsa, selain mereka yang tersenarai, tertimbus di bawah runtuhan Jalan Bukit Kukus.

Tragedi Bukit Kukus: Dua lagi mayat ditemui
Dua lagi mayat dijumpai tertimbus dalam runtuhan tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong hari ini.

Mangsa hilang meningkat lima orang, operasi disambung esok - Bomba
Operasi dihentikan pada pukul 7 malam tadi atas nasihat pegawai Jabatan Mineral dan Geologi mengenai pergerakan tanah di sektor pencarian.

Tanah runtuh Bukit Kukus: Operasi SAR dihentikan berikutan berlaku pergerakan tanah
Pihak Bomba dan Penyelamat memberitahu, operasi mencari dan menyelamat mangsa disambung pada jam 8 pagi Ahad (21 Oktober).

Tiada kerja pembinaan dilakukan ketika kejadian tanah runtuh - Chow
DOSH keluarkan arahan berhentikan kerja projek lebuh raya itu susulan beberapa rasuk konkrit terjatuh di lereng Jalan Tun Sardon Khamis lepas.