awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Sinergi KKM, Exco negeri tumpu pemerkasaan kesihatan awam
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Erdogan desak usaha damai di Gaza, Ukraine seperti perjanjian Iran-Israel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Kajian MaCoS jadi input penting rangka negara bebas rasuah - Azam Baki

Bernama
Bernama
26/06/2025
15:22 MYT
Sponsor Banner
Kajian MaCoS jadi input penting rangka negara bebas rasuah - Azam Baki
Azam Baki berkata dapatan dan syor kajian itu akan dikaji semula melibatkan bahagian utama SPRM menerusi tiga strategi teras iaitu operasi, pencegahan dan pendidikan. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menggunakan hasil Kajian Mengenai Rasuah di Malaysia (MaCoS) 2024 sebagai rujukan utama dalam merangka inisiatif dan tindakan menyeluruh memerangi rasuah di negara ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata dapatan dan syor kajian itu akan dikaji semula melibatkan bahagian utama SPRM menerusi tiga strategi teras iaitu operasi, pencegahan dan pendidikan.
"Pelaksanaan kajian ini merupakan satu daripada inisiatif SPRM dalam menilai pencapaian selama 58 tahun dalam memartabatkan agenda antirasuah dan ia akan menjadi bahan rujukan untuk semua pihak serta membantu penambahbaikan pelan pencegahan rasuah," katanya dalam satu kenyataan selepas menghadiri sesi pembentangan laporan kajian MaCoS di sini hari ini.
Beliau berkata pendekatan berterusan juga perlu dirangka bagi memastikan strategi dan usaha pencegahan rasuah dapat dilaksanakan secara konsisten dan berimpak tinggi termasuk melalui kempen promosi pendidikan yang lebih efektif kepada masyarakat.
Azam berkata penemuan utama kajian itu akan dibentangkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola (JTK) dan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN), dan ia juga berfungsi sebagai pelengkap kepada Indeks Persepsi Rasuah dengan memberikan gambaran sebenar situasi rasuah dalam negara.
Kajian MaCoS 2024 merupakan kerjasama antara Jabatan Perangkaan Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia Pakarunding Sdn Bhd.
Azam berkata SPRM bersetuju dengan syor kajian tersebut dan bersedia meneroka pendekatan baharu seperti penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) serta pendigitalan bagi mencapai visi menjadikan Malaysia sebuah negara bebas rasuah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#kecerdasan buatan
#pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami