awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kajian semakan semula barangan SST diumum sebelum Bajet 2019 - Lim

Bernama
Bernama
20/09/2018
20:57 MYT
Kajian semakan semula barangan SST diumum sebelum Bajet 2019 - Lim
Beliau berkata kerajaan telah menerima banyak maklum balas rakyat yang meminta supaya kadar cukai itu dikurangkan bagi barangan termasuk kosmetik, kamera dan tayar celup.
Hasil kajian semakan semula senarai barangan di bawah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dijangka diumumkan sebelum pembentangan Bajet 2019 pada November ini, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Beliau berkata kerajaan telah menerima banyak maklum balas rakyat yang meminta supaya kadar cukai itu dikurangkan bagi barangan termasuk kosmetik, kamera dan tayar celup.
"Maklum balas golongan hawa menyatakan kosmetik adalah penting dan perlu. Kita hormati dan akan kurangkan (kadar cukai) kepada lima peratus (daripada 10 peratus).
"Sekiranya ia (penurunan kadar cukai) dapat menjamin kesejahteraan ekonomi rakyat, kita akan melaksanakannya," katanya kepada Bernama.
Lim berkata sejak SST diperkenalkan semula, rata-rata harga barangan menurun dengan perbezaan 0.2 peratus berbanding harga ketika pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
"Sekiranya berlaku kenaikan harga, ianya (perbezaan kenaikan) adalah lebih rendah berbanding dengan GST.
"Ini kerana banyak barangan yang dikenakan cukai GST sebelum ini sebaliknya tidak lagi tertakluk dengan cukai itu seperti motosikal di bawah 200cc, lampin bayi serta tuala wanita," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bajet
#ekonomi
#GST
#Lim Guan Eng
#menteri
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan