awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kakak lemas ketika cuba selamatkan adik

Sinar Harian
Sinar Harian
24/12/2021
22:00 MYT
Kakak lemas ketika cuba selamatkan adik
Mayat mangsa, Siti Aliya Nasuha ditemui oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas pada jam 2.30 petang Jumaat. - Foto Sinar Harian
PASIR MAS: Seorang remaja lemas ketika cuba menyelamatkan adik lelakinya yang dihanyutkan air Sungai Lanchang di sini pada Jumaat.
Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa, Siti Aliya Nasuha Mohd Rosli, 13, dikatakan terjun ke dalam sungai selepas menyedari adiknya, Mohamad Akid Akmal, 11, dihanyutkan air sungai.
Bapa mangsa, Mohd Rosli Abdullah, 40, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas mendengar jeritan anak lelakinya yang meminta tolong.
Menurutnya, dia segera terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan anak lelakinya dan tidak menyedari anak perempuannya itu turut berbuat demikian.
"Saya juga hampir lemas ketika menyelamatkan Mohamad Akid, namun sempat dibantu oleh seorang penduduk yang turut terjun ke dalam sungai.
"Selepas berjaya menyelamatkan Mohamad Akid, saya diberitahu Siti Aliya juga terjun ke dalam sungai dan dipercayai lemas," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Pasir Mas di sini pada Jumaat.
Mohd Rosli berkata, dia bersama empat anaknya ke kawasan itu untuk memenuhi permintaan anaknya.
"Sebelum ini, kami kerap ke sini, namun tidak sangka ini yang menimpa kami sekeluarga," katanya yang reda dengan pemergian anak ketiga daripada enam beradik itu.
Mayat Siti Aliya Nasuha ditemui oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas pada jam 2.30 petang Jumaat.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
Menurutnya, kejadian itu bukan disebabkan oleh banjir kerana mereka ke lokasi tersebut untuk bermain air.
"Nasihat saya kepada orang ramai supaya sentiasa waspada dan tidak bermain air di musim tengkujuh ini," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas pada Jumaat.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Balai Bomba dan Penyelamat
#lemas
#Sungai Lanchang
#Siti Aliya Nasuha Mohd Rosli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan