awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kakitangan positif COVID-19, kedai peralatan sukan di Sunway Pyramid ditutup

Hilmi Malik
Hilmi Malik
26/09/2020
11:25 MYT
Kakitangan positif COVID-19, kedai peralatan sukan di Sunway Pyramid ditutup
Pihak pengurusan pusat beli belah juga telah mengambil langkah proaktif termasuk menjalankan proses nyah kuman. -Gambar fail
Sebuah kedai peralatan sukan di kompleks beli belah Sunway Pyramid ditutup pada Sabtu selepas seorang kakitangannya yang mempunyai rekod perjalanan ke tempat lain disahkan positif COVID-19.
Pengurusan pusat beli belah itu dalam satu kenyataan berkata, individu yang terbabit sudah dikuarantin selari dengan garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).
"KKM juga telah mengenal pasti beberapa individu lain yang mempunyai kontak rapat dengan kakitangan berkenaan dan sudah menjalankan proses saringan serta kuarantin.
"Pihak pengurusan pusat beli belah juga telah mengambil langkah proaktif termasuk menjalankan proses nyah kuman dan pembersihan di premis yang terlibat," katanya dalam kenyataan berkenaan.
Dalam pada itu, pihaknya turut meminta orang ramai supaya tidak panik dengan insiden berkenaan dan mengamalkan penjagaan kebersihan diri yang baik.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#kuarantin
#nyah kuman
#Sunway Pyramid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan