KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berikrar akan meneruskan legasi yang telah ditinggalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud terutamanya dalam usaha untuk membangunkan Sarawak dan Malaysia dalam satu arah lebih tersusun.
"Saya bagi pihak rakyat Sarawak sudah tentu berasa kehilangan seorang pemimpin seluruh hayatnya berkhidmat untuk rakyat Malaysia dan lebih-lebih lagi rakyat Sarawak.
"Sebagai pengganti beliau, saya dan rakan-rakan akan teruskan usaha untuk membangunkan Sarawak dan Malaysia dalam satu arah (pendekatan) yang lebih tersusun terutamanya dalam keperluan peralihan tenaga global," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis memorandum persefahaman (MoU) antara Petronas dan Kerajaan Negeri Sarawak di sini hari ini.
Abang Johari berkata bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak dan bekas Ketua Menteri Sarawak itu telah berkhidmat sejak penubuhan Malaysia pada 1963 sebagai menteri dalam kerajaan pertama Sarawak dan Malaysia serta memberi sumbangan yang amat besar termasuklah beliau seorang daripada arkitek dalam penubuhan Petronas.
"Dan selepas itu, Allahyarham telah berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan. Satu-satunya kementerian yang pernah beliau pegang ialah Kementerian Sumber Utama di bawah pentadbiran Allahyarham Tun Abdul Razak.
"Dalam kementerian itulah beliau telah menjadi seorang yang berjaya ke arah penubuhan Petronas dengan memantapkan lagi industri minyak yang pada waktu itu, dipegang oleh pihak luar," katanya.
Abdul Taib, 87, meninggal dunia pada 4.40 pagi tadi selepas menerima rawatan selama kira-kira seminggu di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
Sementara itu, menyentuh mengenai MoU tersebut, Abang Johari berkata kolaborasi tersebut merupakan kerjasama antara Sarawak dan Kerajaan Persekutuan melalui Petronas bagi penubuhan kilang ammonia untuk pasaran antarabangsa.
"Kami di Sarawak sudah tentu terus akan bekerjasama dalam bidang-bidang strategik Malaysia bagi memperkuatkan asas ekonomi Malaysia melalui penggunaan teknologi terkini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 21 2024
Abang Johari (foto) berikrar akan meneruskan legasi yang ditinggalkan Allahyarham Abdul Taib terutamanya dalam usaha membangunkan Sarawak dan Malaysia. -Bernama
Mokhzani letak jawatan pengerusi Maxis, Hamidah dilantik pengerusi sementara
Maxis Bhd hari ini mengumumkan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun, 2024.
Jemaah haji diingatkan tidak terlibat aktiviti politik
Selain nasihat berwaspada dengan cuaca panas, bakal haji yang berada di tanah suci dingatkan hanya tumpukan kepada ibadah sahaja dan elak daripada terlibat dalam aktiviti yang berunsurkan politik
50 pelajar SK Zainab (1) pamer bakat dalam sukan badminton
Kota Bharu, Kelantan menjadi destinasi pilihan seterusnya buat Kem Badminton Astro mencari bakat baru. Seramai 50 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Zainab (1) dari darjah empat hingga enam hadir ke Dewan Badminton Tengku Anis, mempamerkan bakat dan kebolehan mereka di atas gelanggang.
The Experts, saji pengalaman rompakan berkeluarga terbesar
Filem The Experts mempertaruhkan jalan cerita yang diinspirasikan kejadian sebenar dan dipadatkan dengan elemen komedi, keluarga dan aksi.
AWANI Ringkas: Serangan balai polis | Bom petrol di pusat hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Tujuh individu akan direman esok
Tujuh individu yang ditahan awal pagi tadi kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan di Balai Polis Ulu Tiram akan dibawa ke Mahkamah Majistret esok bagi mendapatkan perintah reman.
Perekrutan ahli JI masih berlaku dalam keluarga - Pakar
Prof Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam berkata gerakan JI dalam anggota keluarga disifatkan masih efektif walaupun kumpulan terbabit tidak berinteraksi antara satu sama lain.
Orang kampung sekitar Ulu Tiram rasa terancam
Situasi di Kampung Sungai Ulu Tiram, alamat terakhir suspek yang mati ditembak.
Firdaus Azil, Wartawan Astro AWANI
Firdaus Azil, Wartawan Astro AWANI
KBS harap siasatan insiden serangan terhadap pemain bola sepak diselesaikan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap siasatan berkaitan insiden serangan melibatkan tiga pemain bola sepak negara baru-baru ini dapat diselesaikan secepat mungkin, kata Menterinya Hannah Yeoh.
FAM pertimbang wujudkan kembali program Harimau Muda
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang melihat potensi untuk mewujudkan kembali program Harimau Muda antaranya bertujuan sebagai platform kesinambungan kepada pembangunan pemain muda negara.
Dana rizab Sarawak RM31 bilion semasa kepimpinan Abdul Taib - Nancy Shukri
Dengan rizab sebanyak itu, Sarawak tidak risau apabila tiba-tiba menjadi pembangkang sewaktu PH ambil alih tampuk kepimpinan pada 2018.
Jenazah Tun Taib Mahmud selamat disemadi
Jenazah Tun Abdul Taib Mahmud, selamat dikebumikan di perkuburan keluarganya di Demak Jaya, di Kuching pada 2.20 petang Khamis.
Sultan Brunei berkenan sertai solat jenazah Taib Mahmud
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menyertai solat jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud di Masjid Demak hari ini.
Hujan tidak halang ribuan rakyat beri penghormatan terakhir kepada Tun Abdul Taib
Cuaca hujan tidak menghalang ribuan rakyat membanjiri Atrium DUN Sarawak bagi menghadiri Istiadat Penghormatan Negeri buat Tun Abdul Taib Mahmud.
Pemergian Tun Abdul Taib: Saya kehilangan kawan baik - Alfred Jabu
Bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu Numpang hari ini menzahirkan ucapan takziahnya atas pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.
Suasana pilu selubungi Istiadat Penghormatan Negeri Abdul Taib di DUN Sarawak
Suasana pilu menyelubungi DUN Sarawak hari ini sebaik jenazah Abdul Taib Mahmud tiba bagi Istiadat Penghormatan Negeri.
Istiadat penghormatan negeri, pengebumian Abdul Taib Mahmud hari ini
Istiadat penghormatan negeri dan pengebumian bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud akan berlangsung hari ini.
Allahyarham Abdul Taib ibarat tokoh tidak berhenti tabur bakti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata jasa dan pengorbanan Allahyarham Abdul Taib untuk negara khususnya Sarawak amat besar.
Raja-raja Melayu zahir ucapan takziah pemergian Taib Mahmud
Raja-raja Melayu menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud yang meninggal dunia.
Legasi Abdul Taib jadi inspirasi untuk terus majukan Sarawak - Mutang Tagal
Legasi kepimpinan Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud akan terus menjadi inspirasi kepada semua untuk terus memajukan negeri Bumi Kenyalang.