“Negara luar tidak perlu campur tangan urus tadbir Malaysia. Kami tahu apa yang kami nak buat dekat negara kami.

"Kita berhimpun bukan untuk anti Cina bukan anti India tetapi berhimpun mempertahankan orang Melayu di tanahair," demikiran jelas Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ucapannya ketika menyertai Perhimpunan 812 di Dataran Merdeka pada Sabtu.

Jelasnya, perhimpunan kali ini bagi membuktikan bahawa umat Islam dan Melayu tidak akan berdiam diri jika wujud anasir yang menganggu gugat Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman turut mengatakan beliau menghormati Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai negarawan tetapi Tun Dr Mahathir yang mengetuai kerajaan perlu mengembalikan hak keistimewaan Melayu.

Jelasnya, himpunan terbabit bukan untuk menggulingkan kerajaan secara tidak demokratik tetapi menunjukkan solidariti Melayu dalam mempertahankan hak Bumiputera.

Jika kerajaan tidak mengambil berat suara Himpunan ini, UMNO, Pas serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan memastikan kerajaan sedia ada tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-15.