awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kampung Iboi di Baling banjir lagi

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
04/11/2022
13:54 MYT
Kampung Iboi di Baling banjir lagi
Anggota APM membantu memindahkan penduduk Kampung Iboi di Baling berikutan banjir yang melanda ekoran hujan lebat secara berterusan pada sekitar pukuk 4 petang tadi. - Gambar ihsan APM
BALING: Hujan lebat berterusan sejak petang tadi menyebabkan Sungai Kupang melimpah seterusnya mengakibatkan Kampung Iboi dinaiki air dan Jambatan Bailey dilimpahi air.
Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz, aliran air deras melimpah dan memasuki rumah penduduk berdekatan sungai dalam kejadian yang dipercayai berlaku sekitar pukul 6 petang.
"Hujan lebat bermula jam 4 petang menyebabkan air sungai melimpah ke tebing di kampung Iboi dan Padang Empang.
"Hasil pemantauan anggota APM di dua kampung itu mendapati air semakin naik dan pegawai APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) telah mengeluarkan arahan untuk penduduk berpindah jam 8 malam tadi.
“Ketika ini pemindahan mangsa sedang dilakukan anggota APM berikutan hujan masih turun dibimbangi air makin naik," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Mohd Faisol berkata, satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Surau Ittofaqiah Kampung Iboi telah dibuka dan APM masih melakukan bancian jumlah sebenar mangsa dan keluarga.
Topic Berkaitan
#banjir baling
#Kampung Iboi
#jambatan bailey
#Pusat Pemindahan Sementara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan