MOSCOW: Kanada akan menghantar lebih 800 dron SkyRanger R70 pelbagai guna bernilai lebih AS$95 juta ke Ukraine, lapor Sputnik memetik kerajaan Kanada pada Isnin.
"Hari ini, Menteri Pertahanan, Bill Blair mengumumkan bahawa Kanada akan menderma lebih 800 SkyRanger R70 Multi-mission Unmanned Aerial Systems kepada Ukraine.
"Dron ini bernilai lebih AS$95 juta, akan membantu Ukraine semasa ia berjuang mempertahankan diri daripada pencerobohan besar-besaran," menurut kerajaan Kanada dalam satu kenyataan.
Sejak permulaan operasi ketenteraan khas Rusia di Ukraine pada Februari 2022, Kanada memperuntukkan lebih AS$9.7 bilion bantuan kepada Ukraine, termasuk AS$2.4 bilion bantuan ketenteraan, menurut kenyataan itu.
Negara-negara Barat telah memberikan bantuan ketenteraan dan kewangan kepada Kyiv sejak permulaan operasi ketenteraan Rusia di Ukraine.
Kremlin secara konsisten memberi amaran terhadap penghantaran senjata yang berterusan ke Kyiv sambil mengatakan ia akan membawa kepada peningkatan konflik.
Pada April 2022, Rusia menghantar nota diplomatik kepada semua negara NATO mengenai isu bekalan senjata ke Ukraine.
Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov memberi amaran bahawa mana-mana kargo yang membawa muatan senjata untuk Ukraine akan menjadi sasaran serangan Rusia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 20 2024
Bill Blair mengumumkan bahawa Kanada akan menderma lebih 800 SkyRanger R70 Multi-mission Unmanned Aerial Systems kepada Ukraine. - Reuters
Sudirman wajar diberi pengiktirafan lebih besar - Sahabat
Tarikh 25 Mei ini sangat penting dalam sejarah muzik negara untuk diabadikan, kerana pada hari itulah lahirnya Allahyarham Sudirman.
Suara Rakyat: Bayar ansuran rumah sejak 2008 rumah masih terbengkalai
Seramai 70 orang pembeli rumah di Taman Khazanah Indah dekat Lahad Datu terpaksa menanggung bayaran ansuran bulanan rumah sejak 2008 namun rumah mereka masih terbengkalai.
Pengerusi Persatuan Pembeli Taman Khazanah Indah, Sultan Abdullah berkata pihaknya meminta pihak kerajaan untuk campur tangan.
Pengerusi Persatuan Pembeli Taman Khazanah Indah, Sultan Abdullah berkata pihaknya meminta pihak kerajaan untuk campur tangan.
Penerbit Call of Duty, Meta disaman ibu bapa mangsa serangan bersenjata di Amerika
Activision Blizzard disaman kerana menerbitkan permainan video Call of Duty yang didakwa digunakan untuk mengiklankan senjata Daniel Defense.
HAWANA 2024: Penubuhan GKMM pamer pencapaian signifikan
Penubuhan Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) membabitkan 14 kelab media seluruh Malaysia, amat signifikan dengan sambutan HAWANA yang bertujuan mengiktiraf peranan dan tanggungjawab profesion wartawan.
Carian Google AI Overview untuk topik tertentu dimatikan kerana terlalu banyak silap
Minggu ini, AI Overview mula menawarkan jawapan yang penuh kesilapan, antaranya, mengatakan Barack Obama beragama Islam.
AWANI-RareTV: Mengembara ke perut glasier terbesar di Eropah
Suasana yang luar biasa menakjubkan! Tapi untuk masuk ke alam air batu ini, persediaan harus cukup.
Peluang Malaysia akhiri kemarau 33 tahun
Skuad negara akan berentap dengan musuh tradisi itu pada final Piala Dunia Sepak Takraw di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur jam 3 petang ini.
Zii Jia tak sabar nak jumpa Axelsen
Pemain di ranking nombor 10 dunia itu juga mengisytiharkan dirinya cergas untuk beraksi petang ini selepas mengalami kecederaan pada Jumaat.
Hasrat Pas tanding kerusi Bersatu akan dibawa ke mesyuarat PN
Ronald Kiandee berkata, mesyuarat kepimpinan tertinggi PN akan diadakan dalam masa terdekat.
Plymouth Argyle pertaruh magis Rooney
Rooney menggantikan Ian Foster yang dipecat pada April selepas hanya tiga bulan memegang jawatan itu.
SASC: Speedy Tigers bangkit tewaskan Kanada 6-2
Pasukan hoki lelaki negara bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Kanada 6-2 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-30, malam ini.
Skuad berbasikal trek pulang tangan kosong dari Kanada
Muhammad Ridwan Sahrom menamatkan saingan di tempat ke-29 selepas tersingkir awal pada pusingan kelayakan.
Piala Dunia: Bertrand duduki tempat ke-10 acara 10m platform lelaki
Atlet terjun negara itu, mengumpulkan 389.85 mata selepas enam terjunan pada acara berlangsung di Parc Olympique.
Kanada tangguh dana UNRWA Palestin, terus pembiayaan kepada agensi lain di Gaza
Kanada meneruskan bantuan untuk rakyat Palestin di Gaza pada Selasa dengan menyediakan dana sebanyak CAN$40 juta (RM141 juta) untuk pelbagai agensi.
Malaysian Tigress tumpas 0-3 kepada Kanada
Pasukan Kanada membuka jaringan seawal minit ketiga apabila Sara McManus menyempurnakan pukulan sudut penalti.
Kanada naikkan syarat kos sara hidup pelajar antarabangsa
Kerajaan Kanada bakal memperkenalkan syarat baharu kos sara hidup untuk pelajar antarabangsa yang akan tiba pada 1 Januari 2024, lapor Xinhua.
India keluar semula visa untuk warga Kanada
India memutuskan untuk menyambung semula perkhidmatan visa kemasukan, perniagaan, perubatan dan persidangan.
3 kanak-kanak antara 5 maut dalam insiden tembakan di Kanada
Lima orang, termasuk tiga kanak-kanak maut dalam kejadian tembakan di Kanada.
India tuntut Kanada panggil balik kira-kira 40 diplomat sebelum 10 Okt
Sumber lain berkata New Delhi telah mengancam untuk membatalkan kekebalan diplomatik diplomat Kanada yang kekal selepas tarikh itu.
Veteran Nazi, keluarga bersembunyi selepas skandal di Parlimen Kanada
Veteran Nazi Ukraine Yaroslav Hunka dan keluarganya kini bersembunyi berikutan skandal di Parlimen Kanada, Sputnik memetik laporan saluran televisyen CBC.