Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan penggunaan kanak-kanak sebagai bahan kempen adalah tidak sesuai.
Menurut Mohamad, ia bagaimanapun terpulang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sama ada cara berkempen itu dibenarkan atau sebaliknya.
“Gunakan kanak-kanak ini saya rasa tak boleh dan tak sesuai, tetapi terpulang pada SPR.
“Mengeksploitasi kanak-kanak tak berapa sesuai untuk dijadikan bahan kempen atau peralatkan mereka,” katanya hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Bilik Gerakan Utama BN bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, di sini.
Kenyataan itu bagi menjawab pertanyaan media susulan calon Pakatan Harapan (PH), Dr S Streram, yang didakwa menghimpunkan sekumpulan kanak-kanak dalam sebuah kempen pada sebelah malam di Taman Orkid, baru-baru ini.
Kanak-kanak yang hadir itu dikatakan dibawa naik ke atas pentas ceramah PH sambil memegang kotak pensel warna.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook peribadinya pada Jumaat menulis:
“Kanak-kanak tak patut digunakan untuk kempen PRK. Lagipun pada waktu malam di atas pentas ceramah.
“Ini bukan sahaja tidak beretika tetapi jelas melanggar undang-undang.”
Sementara itu, mengulas perkara sama, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata beliau kecewa dengan tindakan yang didakwa dilakukan PH itu dan menyifatkannya sebagai cubaan mengeksploitasi kanak-kanak untuk tujuan politik.
"Saya agak kecewa dengan berita yang saya baca pagi tadi. Ini memang dari dulu mereka buat, kalau kita buat mereka kata kita eksploitasi kanak-kanak tetapi semalam mereka guna kanak-kanak.
"Saya harap benda ini dapat dielakkan sebab ini adalah pentas politik. Sewaktu PRK ia tidak sesuai untuk melibatkan kanak-kanak dan sebagainya,” katanya di Kampung Sawah, di sini, hari ini.
Rahimah Abdullah, Sahlizah Mohamed
Fri Apr 05 2019
Mengeksploitasi kanak-kanak tidak sesuai untuk dijadikan bahan kempen, kata Mohamad Hasan.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.