KUALA LUMPUR: Boleh dikatakan aplikasi video TikTok adalah antara platform media sosial yang popular masa kini, bukan sahaja dalam kalangan generasi muda, orang dewasa tetapi juga kanak-kanak.
Aplikasi berkenaan pada mulanya dikenali sebagai 'Douyin' yang bermaksud video pendek dan apabila ia semakin popular, ia diberi nama baharu iaitu TikTok . Diberikan secara percuma, ia digunakan untuk menonton dan memuat naik video berdurasi 60 saat dari semua perkara (tarian, pergerakan bibir, video haiwan lucu) .
Halaman "For You" ("Untuk Anda") disusun untuk setiap pengguna, berdasarkan minat yang dinyatakan serta pengguna boleh mengikuti, memberi komen dan menyukai setiap video.
Cuma yang menjadi persoalan, sejauh mana aplikasi ini selamat untuk kanak-kanak memandangkan ia tidak mempunyai batas sempadan dan sesiapa sahaja bebas untuk melihat apa yang dimuatkan dalam aplikasi tersebut tanpa sebarang sekatan.
"Pengguna yang berusia di bawah 13 tahun boleh melihat versi TikTok yang ditapis, tetapi ada yang bimbang kanak-kanak mungkin berbohong tentang umur mereka mereka untuk melihat kandungan yang tidak ditapisr. Tambahan pula, pandemik COVID-19 menjadi penyebab berlakunya peningkatan jumlah pengguna TikTok kerana mereka berada di rumah sepanjang masa," katanya.
Menurut Dr Ruziana menerusi sumber dari Global Web Index, sehingga Februari 2020, dianggarkan TikTok memiliki 800 juta pengguna aktif diseluruh dunia dan di Amerika Syarikat sahaja pada tahun 2020, penggunaan TikTok meningkat dua kali ganda kepada 82 minit sehari pada bulan Februari berbanding 38 minit pada bulan Mei 2019.
"Data tersebut juga menunjukkan 90 peratus pengguna TikTok mengunjungi aplikasi lebih dari sekali sehari. Rata-rata masa yang dihabiskan dalam aplikasi, menurut TikTok, hampir 5 minit, iaitu lebih lama daripada Snapchat dan Instagram.
"Walaupun 41 peratus pengguna TikTok di seluruh dunia berumur 16 hingga 24 tahun, sepertiga daripada pengguna TikTok di Amerika Syarikat berumur 14 tahun ke bawah," jelasnya.
Kanak-kanak berumur empat hingga 15 tahun yang menggunakan TikTok menghabiskan purata 80 minit sehari di TikTok, berbanding dengan 85 minit sehari menonton video di YouTube.
Menurut Dr Ruziana, maklumat berkenaan berdasarkan data dalam laporan tahunan oleh Qustodio (aplikasi kawalan keibubapaan berpangkalan di Barcelona, Sepanyol), daripada 60,000 keluarga dengan anak-anak berusia 4-14 tahun di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Sepanyol.
Beliau menegaskan, biarpun TikTok memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja mezahirkan ekspresi kreatif menggunakan kerangka yang mudah dengan pengguna mempunyai akses percuma untuk penyuntingan video, audio dan gambar yang serupa dengan alat profesional, namun medium sosial ini perlu dilihat lebih meluas lagi dengan kesan berpanjangan dari sudut negatif.
Mengulas lanjut, beliau berkata penggunaan TikTok mengundang bahaya kepada kanak-kanak kerana kelompok ini berpotensi terkena Pemangsa Seksual atau Pengantunan Seksual.
"Walaupun platform ini berusaha keras untuk mengurangkan risiko pemangsa seksual dalam kalangan anak-anak di bawah umur, masalah ini masih berleluasa di TikTok. Contohnya, individu dewasa boleh menghantar mesej dan gambar berbentuk seksual kepada kanak-kanak. Terdapat banyak kejadian di mana ibu bapa harus melaporkan tingkah laku pemangsa kepada polis," katanya.
Menurut beliau lagi, lebih membahayakan pengunaan TikTok boleh memudaratkan privasi dimana aplikasi tersebut boleh menggadai privasi kanak-kanak, remaja serta keluarga mereka.
"Contohnya, apabila anak-anak membuat video di rumah mereka, mereka mendedahkan ruang privasi di dalam rumah, berkongsi lokasi, mempamerkan kereta ibu bapa mereka dan mempamerkan nombor plat kenderaan". Akibatnya, pihak tidak bertanggungjawab boleh mengambil peluang atas maklumat-maklumat peribadi sebegini dan pelbagai ugutan, jenayah siber, mahupun jenayah secara fizikal boleh berlaku.
" Kanak-kanak dan remaja juga boleh terdedah kepada komen negatif di ruang TikTok, sama seperti di platform media sosial yang lain. Semakin banyak pengguna sesuatu platform media sosial itu, lebih besar peluang untuk menerima komen negatif dan ini boleh memberi kesan buruk terhadap harga diri dan keyakinan seseorang kanak-kanak dan remaja," jelasnya.
Memandangkan aplikasi TikTok mempunyai bahan "aliran tanpa henti" , pelajar (kanak-kanak dan remaja) cenderung menghabiskan masa yang lama, bahkan mungkin berupaya menjadi ketagih menonton video selama berjam-jam pada satu-satu masa. Tambahan pula tiada batasan masa untuk sesiapa bergabung dan ia digunakan di seluruh dunia.
"Kanak-kanak atau remaja juga boleh menjadi obsesif dengan penampilan mereka. Ada dalam kalangan kanak-kanak atau remaja yang menggunakan aplikasi ini untuk sentiasa meningkatkan penampilan mereka bagi menarik perhatian pengikut mereka dan orang lain," katanya.
"Keadaan ini berupaya menjadikan kehidupan sosial mereka tidak seimbang serta membunuh kehidupan sosial kanak-kanak berikutan penggunaan tanpa sempadan yang membawa kepada hubungan dengan keluarga menjadi renggang kesan daripada menghabiskan sebahagian besar masa untuk membuat video, " katanya.
Justeru bagi mengawal keadaan sebelum menjadi lebih parah, Dr Ruziana berkata ibu bapa perlu mengetahui nama akaun TikTok anak mereka, mengikuti akaun anak, dan memastikan akaun mereka diletakkan sebagai peribadi.
Beliau menyarankan penggunaan ciri "Family Pairing Feature" di dalam TikTok (alat kawalan ibu bapa yang membolehkan ibu bapa menghubungkan akaun TikTok anak mereka dengan mereka sendiri, memberikan mereka kawalan langsung terhadap tetapan privasi anak).
Selain itu ibu bapa digalakkan membuat dialog terbuka dengan anak mengenai jenis video yang mereka suka tonton dan hantar.
"Jadikan perbualan tentang TikTok mereka ini perbualan yang santai agar mereka suka berkongsi dengan ibu bapa. Nasihatkan anak bahawa posting yang negatif boleh kembali merosakkan reputasi mereka di masa hadapan terutama ketika mereka di kolej atau semasa bekerja kelak," katanya.
Selain itu, beliau berkata ibu bapa juga perlu mengajar anak untuk mengawal bahagian komen sama ada akaun peribadi atau akaun awam.
"Ajar anak untuk kawal bahagian komen, sama ada akaun adalah peribadi atau awam. Anak anda mempunyai kuasa untuk memutuskan sama ada mereka mahu membenarkan komen pada video mereka dari semua orang, pengikut sahaja - atau membataskannya terus. Sekali lagi, ini dapat ditetapkan sama ada di peringkat akaun, atau disesuaikan untuk setiap video yang mereka buat," katanya.
Sementara itu, pakar Psikologi Universiti SEGi, Kota Damansara, Prof Datin Dr Mariani Md Nor berkata, bagi kanak kanak, TikTok juga telah menjadi salah satu aktiviti main mereka sealiran dengan dunia kanak- kanak pada usia itu untuk bermain.
Bagaimanapun, katanya, sekiranya salah gaya penggunaan aplikasi itu disamping membuat atau menonton tontonan yang salah ia boleh meninggalkan impak negatif.
"Apabila pengisian tontonan lebih kepada unsur seksual, tontonan dan penggunaan TikTok dalam kalangan kanak kanak boleh mempengaruhi minda, perasaan dan juga tingkah laku mereka.
"Sama ada tontonan atau pelakuan yang mereka mainkan sendiri dalam TikTok menggambarkan pemikiran mereka dan jika tidak dikawalselia bahkan menjadikan TikTok sebagai platform untuk meluahkan emosi, perasaan serta tingkah laku," katanya, sambil menambah, aspek baik TikTok tidak menjadi masalah, namun yang sebaliknya, boleh menjejaskan pertumbuhan serta perkembangan kanak kanak.
Menurut beliau, apa yang diperlukan ialah perkembangan holistik kanak-kanak merangkumi perkembangan intelektual sosial emosi dan kerohanian.
Beliau berkata, unsur negatif dalam TikTok sedikit sebanyak boleh mempengaruhi cara mereka berfikir, cara mereka mempamerkan tingkah laku malah cara mereka meluahkan perasaan dan berkomunikasi bersama individu lain.
Untuk itu, beliau menegaskan, ibu bapa perlu mengawal mainan serta tontonan TikTok kerana aplikasi itu juga mempunyai manfaat dari segi meningkatkan kreativiti selain meningkatkan keyakinan diri serta memperluaskan aspek perkembangan bahasa.
Mengulas lanjut Mariani berkata dari sudut privasi, data peribadi kanak kanak boleh dicuri oleh mana- mana pihak yang mempunyai niat tertentu apabila pelakuan TikTok oleh kanak kanak itu menjadi viral.
"Pastinya mereka akan jadi tontonan ramai dan secara tidak langsung privasi kanak kanak diceroboh dan mereka juga boleh menjadi sasaran pedofil yang memang sentiasa ingin mendapatkan wajah kanak-kanak dengan mudah boleh didapati dari tontonan TikTok.
"Kanak-kanak ini juga boleh menjadi mangsa terhadap mereka yang sentiasa mahu mencari peluang dan kesempatan dari platform Tiktok ini," ujarnya.
Berhubung persoalan sama ada Malaysia perlu membuat sekatan berhubung perkara ini (TikTok) memandangkan aplikasi tersebut dilihat tiada sekatan dan bebas malahan menerusi aplikasi itu juga pernah terjadi viral gambar pasangan kanak-kanak bercium, beliau berpandangan perlu ada kaedah sesuai untuk mengawal selia terutama aspek yang boleh menjejaskan pemikiran kanak-kanak dalam usia mereka yang akan meningkat dewasa.
"Tontonan TikTok dengan tema seksual perlu dipantau penggunaan dalam kalangan anak-anak yang masih lagi kecil kerana tontonan yang berulang kali boleh menjadi tiruan buat mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 01 2021
Penggunaan ciri "Family Pairing Feature" disarankan bagi membolehkan ibu bapa menghubungkan akaun TikTok anak mereka dengan mereka sendiri.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
5.9 bilion tontonan di TikTok Malaysia direkodkan sepanjang Ramadan, awal Raya
Tiktok Shop dilihat berkembang menjadi tumpuan ramai pengguna untuk membeli barangan, kerana ia turut digayakan dan didemonstrasikan.
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
TikTok akan halang akaun kerap langgar terma daripada saranan For You
Sistem halangan kandungan ini akan berkuat kuasa 17 Mei depan.
Pesohor media sosial cari suami kaya
Karolina turut membawakan kod bar bagi mereka yang berminat mengenanya dengan lebih dekat supaya dapat menghubunginya secara peribadi.
TikTok uji pempengaruh maya dikuasakan AI untuk jana kandungan, pengiklanan
Melalui ciri ini, pempengaruh maya yang dibangunkan dan ditawarkan kepada pengiklan boleh menghasilkan kandungan serta melakukan jualan melalui platform TikTok.
Lagu viral sampai luar negara, De Fam kongsi cerita di sebalik single Alamak Raya Lagi!
De Fam mengakui tidak menjangkakan single terbaharu mereka itu tular sehingga ke luar negara dan menjadi trend terkenal di aplikasi TikTok.
TikTok, META perlu tingkatkan usaha pantau kandungan memudaratkan
Penyedia platform dalam talian Tiktok dan META digesa meningkatkan usaha pemantauan, susulan peningkatan kandungan dalam talian yang memudaratkan.
Pemilikan akaun media sosial beri kesan terhadap perkembangan minda kanak-kanak
Pemilikan akaun media sosial oleh kanak-kanak di bawah usia 13 tahun akan mendedahkan mereka kepada kerencaman dan kecelaruan maklumat sekali gus memberi kesan terhadap perkembangan minda.
TikTok kini bayar pencipta kandungan berdasarkan nilai carian
TikTok telah memperkenalkan Creator Rewards Program yang memberi ganjaran dalam bentuk bayaran tunai kepada pencipta kandungan dengan nilai carian yang tertinggi.
Selepas 15 minit bapa tersedar tertinggal anak dalam kereta
Keadaan itu mungkin disebabkan kesibukan menyambut bulan Ramadan dan diikuti dengan bermulanya sesi persekolahan.