awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak Orang Asli Nasri Rosli masih kritikal di HRPZII

Bernama
Bernama
16/06/2019
15:19 MYT
Kanak-kanak Orang Asli Nasri Rosli masih kritikal di HRPZII
Nasri Rosli yang menerima rawatan di PICU HRPZII masih kritikal. -Bernama
Seorang pesakit anak Orang Asli, Nasri Rosli, 3, yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), masih dalam keadaan kritikal.
"Hari ini masuk hari kelapan kanak-kanak ini dirawat di HRPZII, pesakit masih kritikal dan memerlukan sokongan mesin pernafasan," kata Pengarah HRPZII, Datuk Dr Selasawati Ghazalinya kepada pemberita di HRPZII, di sini, hari ini.
Katanya, bapa pesakit Rosli Jong, 30, turut dimasukkan ke hospital yang sama akibat jangkitan paru-paru tetapi sudah diisytihar bebas jangkitan itu, namun masih di bawah pemantauan.
Sementara itu, Rosli berkata dia bersyukur apabila diisytihar bebas daripada jangkitan radang paru-paru namun dalam masa yang sama sedih apabila mengenangkan anak bongsunya masih di tempatkan di PICU.
Katanya, anak bongsunya daripada lima beradik itu sudah lapan hari berada di PICU hospital berkenaan setelah dipindahkan dari Hospital Kuala Krai.
Rosli berkata dia tidak tahu punca sebenar penyakit tetapi menurutnya dia dan penduduk lain menggunakan air tandak (air bukit) yang didakwa telah tercemar.
"Ekoran daripada itu menyebabkan saya dirawat di HRPZ II selama enam hari selepas mengalami sakit kepala, tekak dan dada sehingga menyukarkan untuk bernafas," katanya.
Topic Berkaitan
#jangkitan
#kritikal
#kuala koh
#Kuala Krai
#Nasri Rosli
#Orang Asli
#PICU
#Rosli Jong
#tercemar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan