awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak perempuan 11 tahun hilang dihanyutkan air longkang

Bernama
Bernama
19/05/2025
16:15 MYT
Kanak-kanak perempuan 11 tahun hilang dihanyutkan air longkang
Seorang kanak-kanak perempuan warga Rohingya berusia 11 tahun dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras air longkang di hadapan Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Kampung Cheras Baru hari ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan warga Rohingya berusia 11 tahun dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras air longkang di hadapan Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Kampung Cheras Baru hari ini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 6.07 petang menerusi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.
"Sebaik menerima laporan, anggota polis dan bomba telah digerakkan ke lokasi kejadian dan dimaklumkan terdapat dua kanak-kanak perempuan telah terjatuh ke dalam longkang berkenaan.
"Seorang daripada kanak-kanak itu yang berusia 10 tahun warga Rohingya berjaya diselamatkan oleh orang awam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, usaha mencari dan menyelamat mangsa kedua yang hilang dijalankan oleh pasukan penyelamat dengan kerjasama IPD Ampang Jaya dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang.
"Operasi mencari dan menyelamat dihentikan pada 10.30 malam memandangkan cuaca gelap serta hujan dan akan disambung semula pada esok bermula 8 pagi," katanya.
Mohd Azam meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kanak-kanak perempuan
#warga Rohingya
#hanyut
#air longkang
#Polis Daerah Ampang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan