awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Pentadbiran Gaza bermula di Kaherah
Pas, Bersatu nafi dakwaan provokasi politik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak perempuan ditemui mati di rumah kosong

Astro Awani
Astro Awani
22/01/2014
00:21 MYT
Kanak-kanak perempuan ditemui mati di rumah kosong
Nursyafiqah Abdullah
Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun ditemui mati di dalam sebuah rumah teres tidak berpenghuni di kawasan perumahan Taman Permint fasa dua Seberang Paka, Dungun petang Selasa.
Mayat Nursyafiqah Abdullah dua tahun ditemui oleh seorang pengawal keselamatan dalam keadaan mula mereput selain ada kesan darah kira -kira jam 3.30 petang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K.Manoharan berkata ketika tiba di kawasan itu, pengawal keselamatan berusia 31 tahun itu terlihat pintu utama rumah berkenaan terbuka dan terhidu bau busuk.
Dalam pada itu, Nursyafiqah dilaporkan hilang sejak 17 Januari lalu. Ibunya Rabiatul Adawiyah Mamat, 28, tahun dikatakan meninggalkan kanak-kanak terbabit di dalam sebuah kereta di depan sebuah kedai makan di Kuala Paka, dalam keadaan pintu kenderaannya tidak berkunci untuk menemui seorang rakan kira-kira jam 7.30 petang.
Sejurus kembali ke keretanya, beliau yang bekerja sebagai pelayan di sebuah kedai makan di bandar Paka mendapati anaknya hilang.
Dalam laporan polisnya, Rabiatul berkata, dia sebelum ini penah menerima ugutan bunuh.
Sementara itu di laman media sosial Facebook dan Twitter, ada pihak tidak bertanggungjawab telah menyebarkan foto kanak-kanak berkenaan. Tindakan itu menyebabkan mendapat reaksi keras beberapa pengguna laman media sosial termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Org yg upload gambar2 mangsa yg mati dlm keadaan ngeri adalah org yg tiada perasaan terhadap keluarga mangsa atau org itu suka dgn keganasan
— Tan Sri Musa Hassan (@TSMusaHassan) January 21, 2014
Gambar budak tu sangat ngeri. Anak kecil, baru 2tahun. Kalau dia anak kamu? Apa perasaan kamu? Lagi, apa hak kamu post gambar itu?
— KayKay Carmen (@karmenlunarxisc) January 21, 2014
Topic Berkaitan
#bunuh
#Dungun
#K. Manoharan
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan