awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak perempuan lemas, jatuh sungai di Lahad Datu

Qaisara Umaiyah
Qaisara Umaiyah
21/12/2020
22:45 MYT
Kanak-kanak perempuan lemas, jatuh sungai di Lahad Datu
Rohan Shah juga berkata, siasatan turut dijalankan di bawah Akta Imigresen 1959/1963, ekoran bapa mangsa merupakan warga Indonesia. -
LAHAD DATU:Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun mati lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Bangingod, Tungku, di sini, kira-kira 10.30 pagi Ahad.
Dalam kejadian itu, mangsa sedang bersama kakaknya yang berusia empat tahun, telah terjatuh di sungai berkenaan.
"Kakak mangsa berjaya diselamatkan selepas jeritannya didengari nenek dan ibu saudara mangsa yang sedang memetik cili di belakang rumah.
"Nenek bersama ibu saudara mangsa bergegas ke arah sungai dan menarik cucunya ke tepi sungai.
"Manakala mangsa tidak sempat diselamatkan dan dibawa arus sungai," kata Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Rohan Shah Ahmad dalam satu kenyataan semalam.
Menurutnya, pihak polis yang menerima laporan mendapatkan bantuan anggota bertugas pos Bangingod, Pasukan Gerakan Am dan Bomba Sukarela dan Penyelamat Malaysia, Felda Gugusan Sahabat untuk operasi menyelamat.
Katanya, penduduk kampung turut menghulurkan bantuan.
"Mangsa dijumpai terapung kira-kira 100 meter dari tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk tujuan bedah siasat," katanya.
Tambah Rohan, pihak polis memohon perintah tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah terhadap tiga individu termasuk ibu dan bapa mangsa, masing-masing berusia 26 tahun, selama tujuh hari, mulai semalam.
"Turut ditahan reman, nenek mangsa berusia 49 tahun, bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001 (pindaan 2016) atas kesalahan membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan yang munasabah (cuai)," katanya.
Tambahnya, ketika kejadian, kedua-dua ibu bapa mangsa dipercayai bekerja di ladang sawit.
Rohan Shah juga berkata, siasatan turut dijalankan di bawah Akta Imigresen 1959/1963, ekoran bapa mangsa merupakan warga Indonesia.
Topic Berkaitan
#Rohan Shah Ahmad
#operasi
#Kanak-kanak
#lemas
#mangsa
#mati
#siasatan
#Lahad Datu
#polis
#bomba
#Sungai Bangingod
#tunku
#cucu
#reman
#jatuh
#Sungai
#ladang sawit
#Akta Imigresen
#tanpa pengawasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan