KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menggesa Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein agar menyatakan tarikh sebenar penghantaran kapal tempur pesisir (LCS) kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Ia susulan berlaku percanggahan tarikh penjadualan kapal LCS pertama yang sebelum ini dilapor akan diserahkan kepada TLDM dalam tempoh satu atau dua tahun lagi.
Bagaimanapun, Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang pula memaklumkan lima daripada enam LCS itu dijadualkan untuk penghantaran antara Jan 2026 dan September 2028.
"Namun, Menteri Pertahanan (Hishammuddin) sebut bahawa beliau percaya kapal pertama akan diterima TLDM dalam masa dua tahun lagi iaitu tahun 2024. Ini adalah jawapan yang diberikan di dalam sesi soal jawab di Dewan Negara pada 8 Ogos 2022.
"Bagaimana hal yang begitu penting dalam isu ini boleh ada percanggahan besar?," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Membangkitkan persoalan pertama, Ahli Parlimen Muar itu berkata isu tarikh penghantaran adalah amat penting untuk memastikan rancangan keselamatan negara dapat dirangka dengan baik bertujuan untuk melindungi rakyat Malaysia.
"Pertama - Siapa yang berkata benar? Menteri sebut tahun 2024 akan siap tetapi Panglima Angkatan Tentera kata kapal akan siap paling awal pada tahun 2026," soalnya.
Selain itu, Syed Saddiq berkata kelewatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menerima kapal tersebut sehingga memakan masa 15 tahun, kemungkinan memberi kesan kepada teknologi yang dipasang untuk kegunaan enam kapal LCS berkenaan.
Jelas beliau, projek pembinaan LCS telah bermula sejak 12 tahun lalu, dan jika ATM menerima kapal yang berteknologi 12 tahun lalu, Syed Saddiq menyifatkan ia sebagai satu bentuk ketidakadilan kepada perajurit negara.
"Kerajaan Malaysia harus ambil tanggungjawab. Maka, apakah status teknologi yang akan dipasang ke atas enam buah kapal LCS ini?
"Ketiga – Mengapa perlu ambil masa sehingga 15 tahun baru nak siap? Persoalan ini tidak dijawab oleh kerajaan Malaysia dan Menteri Pertahanan sehingga hari ini. Saya tidak boleh menerima cara dan respons yang acuh tidak acuh daripada menteri," katanya lagi.
Kalau dibandingkan dengan negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia, Syed Saddiq menambah mereka tidak menghadapi kesulitan atau masalah berhubung penghantaran jentera pertahanan negara seperti yang dilalui oleh Malaysia.
Tegasnya, kedaulatan dan keselamatan negara adalah satu isu yang sangat serius, dan ia sesuatu yang membimbangkan apabila wujud percanggahan mengenai tarikh penghantaran kapal LCS.
"Menteri Pertahanan harus menjadi individu yang arif dan memahami status projek kapal LCS ini. Malangnya, kekeliruan dan jalan buntu ini tidak lagi selesai sehingga hari ini," kata Syed Saddiq.
Hishammuddin di Dewan Rakyat pada Ogos lalu berkata, walaupun kapal LCS dijangka diserahkan dalam tempoh satu atau dua tahun, tetapi buat masa ini beliau tidak dapat memberi tempoh sebenar bagi kapal LCS untuk siap sepenuhnya kerana Kabinet memberi tempoh enam bulan kepada kementeriannya untuk memobilisasi usaha menghidupkan semula projek pembinaan kapal berkenaan.
Projek pembinaan LCS adalah perolehan terbesar dalam sejarah Kementerian Pertahanan (Mindef), dengan kos keseluruhan sebanyak RM9 bilion.
Kontrak bagi projek itu bermula pada 2013 dan dijangka siap dalam masa 10 tahun.
Jawatankuasa Kira-Kira (PAC) dalam laporannya menyatakan, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) yang dilaksanakan secara runding terus namun tiada kapal yang diterima setakat ini.
Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, mendedahkan lebihan kos projek LCS berjumlah RM1.4 bilion, dengan RM400 juta digunakan untuk membayar hutang lama daripada projek kapal peronda lama.
Hasimi Muhamad
Fri Sep 16 2022
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang memaklumkan lima daripada enam LCS itu dijadualkan untuk penghantaran antara Jan 2026 dan September 2028. - Foto fail
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kapal LCS: Tarikh penghantaran bercanggah, siapa bercakap benar? Soal Syed Saddiq
Projek pembinaan LCS adalah perolehan terbesar dalam sejarah Kementerian Pertahanan (Mindef), dengan kos keseluruhan sebanyak RM9 bilion.