awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
Jika pemain tiada penaja, lebih baik bersama skuad kebangsaan - Wei Feng
Johor kembali dilanda banjir, enam PPS dibuka di Segamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kartel daging: Empat kakitangan syarikat pengimport ditahan

Bernama
Bernama
04/01/2021
02:44 MYT
Kartel daging: Empat kakitangan syarikat pengimport ditahan
SPRM memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan isu kepentingan rakyat khususnya umat Islam di negara ini. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU:Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan empat individu iaitu pengarah dan pekerja syarikat pengimport daging sejuk beku kerana disyaki terlibat dengan kegiatan rasuah berhubung isu aktiviti penyeludupan bahan mentah itu dari negara yang dilarang dibawa masuk ke Malaysia.
Menurut sumber, kesemua mereka berusia lingkungan 39 hingga 50 tahun itu, ditahan di pejabat SPRM Johor malam tadi bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.
Sumber berkata SPRM memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan isu kepentingan rakyat khususnya umat Islam di negara ini.
Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
"Hasil kerjasama beberapa agensi seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, telah mengenal pasti pengimport daging berkenaan," menurut sumber itu.
Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kesemua OKT akan dibawa ke Mahkamah Majistret pagi ini bagi permohonan reman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#daging
#sejuk beku
#kartel daging
#Azmi Alias
#reman
#Islam
#kepentingan rakyat
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#import
#pengimport
#pekerja syarikat
#Rasuah
#logo halal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan