KUALA LUMPUR: Pelumba negara Kasma Daniel Kasmayudin berharap untuk kembali bersaingan dalam perlumbaan Moto2 menerusi tiket wild card pada Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia tahun depan.
Justeru, pelumba berusia 22 tahun itu berkata beliau perlu membuktikan keupayaan berada dalam kelompok tiga teratas pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2023.
"Saya dengar akan ada wild card dibuat beberapa pasukan, jadi saya mengharapkan dapat slot itu untuk kembali berlumba di hadapan peminat di Sepang.
"Ia impian saya dan sudah tentu saya akan mempamerkan tunggangan terbaik berbanding tahun sebelum ini," katanya kepada pemberita semasa memeriahkan program jualan gudang barangan permotoran, di sini hari ini.
Kasma Daniel diberikan slot wild card untuk beraksi dalam perlumbaan Moto2 pada saingan GP Malaysia di Litar Sepang pada Oktober tahun lepas.
Pada Jun lepas, Kasma Daniel berjaya menawan Litar Antarabangsa Sugo, Jepun yang juga kemenangan sulungnya dalam kelas ASB1000cc.
Setakat ini, pelumba kelahiran Johor Bahru itu menduduki tangga keenam saingan ARRC dengan mengumpul 61 mata selepas tiga pusingan.
Pelumba Jerman Markus Reiterberger (ONEXOX BMW TKKR) mendahului saingan dengan meraih 118 mata, diikuti pelumba Jepun Haruki Noguchi (SDG MS HARC-PRO Honda Philippines) di tempat kedua dengan 92 mata.
Seorang lagi pelumba negara Zaqhwan Zaidi (Honda Asia-Dream Racing) di tempat ketiga dengan 84 mata.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 03 2023
Kasma Daniel berkata beliau perlu membuktikan keupayaan berada dalam kelompok tiga teratas pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2023. - Gambar fail
Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030
Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Perdagangan Malaysia naik 12.1 peratus, eksport meningkat 9.1 peratus pada April - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus kepada RM221.74 bilionberbanding April 2023.
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
AWANI Ringkas: Kes denggi meningkat, 40 maut sejak Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
Peluang trio pecut wanita ke Olimpik masih samar - PKBM
Peluang trio pecut wanita negara yang berada di kedudukan pertama senarai menunggu untuk beraksi pada Sukan Olimpik Paris 2024 masih samar.
ARRC: Jangan lagakan pelumba, pesan Azlan Shah buat penyokong
Pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman, memberikan pesanan ringkas buat penyokong Malaysia menjelang saingan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) FIM 2024.
Hafizh Syahrin umum perkembangan baharu bersama JDT Racing Team minggu depan
Hafizh Syahrin Abdullah, bakal mengumumkan perkembangan baharunya bersama pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) Racing Team, minggu depan.
ARRC: ASB 1000 di Litar Mandalika batal, dua pelumba negara terbabit kemalangan
Berlaku insiden tidak diingini di selekoh ke-10 apabila Haruki Noguchi dan Zaqhwan Zaidi terjatuh, dan Noguchi dilanggar Kasma Daniel.
Kasma Daniel intai tiket 'wild card' musim depan
Pelumba itu berkata beliau perlu membuktikan keupayaan berada dalam kelompok tiga teratas pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2023.
ARRC: Khairul Idham Pawi yakin kompetitif di Litar Mandalika
Berbaki tiga pusingan, Khairul Idham mahu mencabar diri sekali gus membawa pulang piala kejuaraan ARRC musim ini.
MotoGP: Damok tekad terus raih mata dalam GP Sepanyol
Syarifuddin Azman bertekad untuk mempamerkan tunggangan terbaiknya untuk mendapatkan lebih banyak mata.
Terengganu Inc taja pelumba cilik Hakim Danish
ZK Racing memaklumkan penajaan terhadap pelumba itu bertujuan membantu perkembangan Hakim Danish dalam arena sukan permotoran.
Hakim Danish raih kedudukan ketiga di Portimao
Dalam penampilan sulungnya di pentas antarabangsa itu, Hakim memperbaiki kedudukan kelima yang diraihnya pada Perlumbaan 1 semalam.
RNF MotoGP Racing Team taja Hakim Danish, Danial Syahmi
Penajaan itu merangkumi perbelanjaan perjalanan dan perkhidmatan hospitaliti di seluruh Eropah bagi musim ini.