awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kastam gagalkan 135 cubaan seludup dadah melalui mod udara tahun ini

Bernama
Bernama
21/12/2024
14:22 MYT
Kastam gagalkan 135 cubaan seludup dadah melalui mod udara tahun ini
Cubaan menyeludup dadah ke dalam atau keluar negara melalui mod udara menunjukkan peningkatan sebanyak 22 peratus atau 24 kes berbanding 111 kes yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lepas.
PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 135 kes cubaan menyeludup dadah ke dalam atau keluar negara melalui mod udara, iaitu menggunakan perkhidmatan mel, kargo dan bungkusan, tahun ini.
JKDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia menunjukkan peningkatan sebanyak 22 peratus atau 24 kes berbanding 111 kes yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lepas.
Sehubungan itu, Bahagian Penguatkuasaan JKDM mengadakan perbincangan bersama Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pada Selasa lepas bagi memuktamadkan strategi penguatkuasaan di dalam kawasan zon bebas, termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Hasil perbincangan itu, JKDM memaklumkan akan menggunakan sepenuhnya tambahan 66 mesin pengimbas yang ditempatkan di seluruh negara dan 20 Anjing Pengesan Dadah (APD) bagi memperkasakan aktiviti penguatkuasaan membanteras penyeludupan dadah.
"JKDM percaya libat urus yang berterusan dengan pihak berkuasa zon dan operator terminal kargo akan dipanjangkan ke semua pintu masuk antarabangsa lain dalam usaha menyekat pergerakan dadah melalui mod udara," menurut kenyataan yang dikeluarkan Cawangan Perhubungan Awam JKDM hari ini.
Sehubungan itu, JKDM turut mengingatkan semua pengguna perkhidmatan mod udara untuk lebih berhati-hati dalam membuat pengikraran dagangan atau mengangkut barang dagangan agar tidak terjebak dalam aktiviti penyeludupan dadah.
"JKDM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana orang yang terlibat dalam melakukan kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234)" menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Seludup dadah
#mod udara
#kastam
#JKDM
#kargo
#bungkusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan