awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
Objek disyaki bom ditemui di terminal bas Pattani
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kastam KLIA tumpas cubaan seludup dadah RM1 juta

Astro Awani
Astro Awani
19/01/2018
08:30 MYT
Kastam KLIA tumpas cubaan seludup dadah RM1 juta
Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya. - Astro AWANI
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup dadah jenis methamphetamine bernilai RM1 juta ke negara ini dalam dua kes berasingan melalui pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) dan klia2 baru-baru ini.
Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Subromaniam Thulosy berkata dalam kes pertama pada 4 Januari, pegawainya di KLIA menahan dua wanita warga India yang baru tiba dari Chennai.
Kedua-dua suspek, yang juga merupakan adik-beradik berusia 30 dan 31 tahun, didapati menyorokkan dadah seberat 10.5 kilogram di dalam bekas bedak dianggar bernilai RM735,000.
Pada 11 Januari pula, seorang lelaki yang tiba di klia2 dari Thirucirapally, India ditahan bersama dadah seberat 5.2 kilogram bernilai RM364,000 yang disorokkan ke dalam alat peralatan dapur.
Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.
"Kesemua suspek ini berkemungkinan keldai yang beroperasi bersama sindiket pengedaran dadah antarabangsa.
"Kami akan bekerjasama dengan pihak polis bagi menangani penyeludupdan dadah ke Malaysia dengan lebih berkesan, kerana kalau sekadar menangkap keldai ini, ia tidak akan menyelesaikan masalah," ujar Subromaniam.
Sementara itu, Subromaniam memaklumkan, JKDM KLIA juga berjaya mematahkan satu cubaan menyeludup 1,020 dolar Taiwan bernilai RM136,504 yang disembunyikan dalam anak patung beruang, semalam.
Topic Berkaitan
#Chennai
#Dadah
#India
#Jabatan Kastam Diraja Malaysia
#JKDM
#keldai
#KLIA
#KLIA2
#methamphetamine
#sindiket
#Subromaniam Thulosy
#Thirucirapally
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan