awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kastam kutip cukai lebih RM33 bilion tahun lepas

Bernama
Bernama
22/04/2014
00:00 MYT
Kastam kutip cukai lebih RM33 bilion tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengutip cukai sebanyak RM33.126 bilion tahun lepas, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Khazali Ahmad.
Beliau berkata ini merupakan satu pencapaian terbesar pihaknya sejak tiga tahun lepas sekali gus memperlihat kejayaan jabatan itu dalam mempertingkat jumlah kutipan setiap tahun.
"Jumlah itu merupakan jumlah yang besar dan ia akan disatukan di dalam tabung khazanah negara bagi tujuan pembiayaan pengurusan negara seperti membiayai projek pembangunan infrastruktur agar dapat dinikmati rakyat di negara ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Khidmat Bakti Masyarakat di sini hari ini.
Khazali juga berkata berdasarkan arah aliran atau 'trend' pada masa ini, pihaknya yakin kutipan cukai pada 2014 akan mencapai sasaran iaitu sebanyak RM36 bilion.
Setakat ini, katanya, jabatan itu berjaya mengutip hampir RM11 bilion iaitu meningkat enam peratus berbanding tempoh sama pada tahun lepas.
Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Sulabayan Datuk Dr Jaujan Sambakong berkata program Khidmat Bakti Masyarakat merupakan platform terbaik untuk memberi kefahaman berkaitan peranan jabatan kastam dalam memastikan aspek ekonomi, sosial dan keselamatan negara sentiasa terpelihara.
Topic Berkaitan
#Jabatan Kastam Diraja Malaysia
#Ketua Pengarahnya Datuk Seri Khazali Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan