PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan 1,856 cubaan penyeludupan melibatkan pelbagai barangan membabitkan nilai cukai RM350 juta setakat Mac lepas, kata Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Ribuan Abdullah.
Ribuan berkata jumlah itu mencatatkan peningkatan sebanyak 182 peratus berbanding RM124 juta pada tempoh sama tahun lepas.
"Aktiviti penyeludupan kenderaan mencatatkan nilai rampasan tertinggi iaitu RM27.8 juta diikuti, rokok (RM10.7 juta), dadah (RM29.6 juta), minuman keras (RM8.9 juta) dan tekstil (RM3.9 juta)," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Menurutnya antara kenderaan yang disita ialah Toyota Alphard, Toyota Vellfire, Mercedes dan motosikal Yamaha RXZ yang telah dibaik pulih.
Untuk tempoh sama, beliau berkata pihaknya turut menyita barangan bersubsidi yang cuba diseludup ke negara jiran bernilai RM323,365.
"Minyak masak, petrol dan diesel merupakan barangan subsidi yang cuba diseludup dan kita telah sita barangan ini," katanya.
Beliau berkata Sabah mencatatkan kes penyeludupan tertinggi iaitu 330 kes diikuti Kelantan (266), Sarawak (231), Johor (191) dan Selangor 151 kes.
Bagi meningkatkan tahap keselamatan di lapan lapangan terbang di seluruh negara, Ribuan berkata JKDM akan menempatkan 40 unit mesin pengimbas bagasi yang dilengkapi dengan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) selewat-lewatnya Mei ini.
"Bila ada mesin pengimbas berteknologi AI, ia bantu kita kenal pasti barangan dengan lebih jelas, contohnya barang apa yang ada dalam kontena. Analisa imej daripada mesin ini lebih spesifik," katanya menambah melalui penggunaan mesin pengimbas, pihaknya berjaya membanteras penyeludupan dadah seberat 586 kilogram, setakat semalam.
Beliau berkata pihaknya juga sedang dalam perancangan untuk membuat perolehan mesin pengimbas kargo yang dilengkapi dengan sistem 'drive through multi-view dual energy' berteknologi tinggi bagi mengekang aktiviti penyeludupan di pintu masuk dan keluar negara terutamanya di Pelabuhan Klang, Selangor.
"Kami (JKDM) sentiasa berusaha memastikan aktiviti penyeludupan dapat dibendung dengan penguatkuasaan undang-undang dan penggunaan teknologi terkini. Ini selaras dengan visi kami iaitu memelihara ekonomi dan mengawal sempadan ke arah negara progresif," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 30 2024
Ribuan berkata jumlah itu mencatatkan peningkatan sebanyak 182 peratus berbanding RM124 juta pada tempoh sama tahun lepas. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Ribuan peserta berarak di ibu kota Kuala Lumpur
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
UAE sumbang 100 tan bantuan makanan, perubatan untuk mangsa banjir di Brazil
Dua lagi pesawat dijadual dihantar dalam tempoh dua hari lagi membawa 200 tan bantuan.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Johor kutuk keganasan, ekstremisme
DUN Johor pada Ahad, mengutuk sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme ke atas insiden serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram.
Angka korban akibat banjir di Afghanistan cecah 400 orang
Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian.
Sarang lebah kurang di Semenanjung, racun perosak antara punca kepupusan
Lebah kini berada dalam senarai spesies terancam dan dianggarkan tahap kemusnahan serangga itu telah meningkat 42 peratus.
Negara perlu 84 balai bomba baharu - KPKT
Pembinaan 84 balai bomba baharu itu juga akan seiring dengan jumlah pegawai dan anggota yang berkhidmat di kemudahan itu.
Afrika Selatan menguatkan seruan global untuk tindakan undang-undang dalam krisis Gaza
Usaha terbaharu itu merupakan tindakan penting yang diambil negaranya dalam menyokong hak dan kenegaraan Palestin.
Pemimpin Israel berpecah kerana tadbir urus Gaza pasca perang
Ia turut didorong serangan tidak dijangka di beberapa wilayah Palestin oleh Hamas, selain kumpulan berkenaan mengumpulkan semula pasukannya di utara Gaza biarpun Israel sebelum ini, mendakwa ia sudah dinyahaktifkan di lokasi terbabit.
Malaysia, Uzbekistan boleh jalin perkongsian strategik bidang berkaitan kepentingan umat Islam
Kedua-dua negara majoriti Islam itu boleh bekerjasama sebagai pasukan yang kuat dalam pelbagai bidang yang mempunyai minat khusus umat Islam.
Kes COVID-19 Singapura naik hampir dua kali ganda
Untuk melindungi kapasiti katil hospital dan sebagai langkah berjaga-jaga, hospital awam diminta mengurangkan kes pembedahan elektif yang tidak mendesak dan memindahkan pesakit yang sesuai ke kemudahan penjagaan seperti Kemudahan Penjagaan Peralihan atau di rumah melalui Mobile Inpatient Care@Home.
Tular kes seludup di Forest City, kastam sahkan video lama
Jabatan Kastam menafikan berlaku aktiviti penyeludupan minuman keras di kedai bebas cukai di Forest City seperti video tular di media sosial.
Kastam patahkan hampir 2,000 cubaan menyeludup, sita barangan bernilai RM350 juta setakat Mac
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan 1,856 cubaan penyeludupan melibatkan pelbagai barangan membabitkan nilai cukai RM350 juta setakat Mac lepas.
Kastam rampas lebih 22 juta rokok disembunyikan dalam kotak mainan
Taktik suatu sindiket menggunakan kotak mainan untuk menyeludup rokok berjaya dibongkar Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
PM Anwar titip pesanan kepada anggota JKDM, JIM agar sentiasa disiplin dan berintegriti
Anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia diingatkan untuk sentiasa bertugas dengan penuh disiplin dan integriti.
PM terkesan dengan kes rasuah Kastam di KLIA
Katanya, kecurangan masalah rasuah, biarpun membabitkan jabatan kecil di JKDM, masih boleh menyebabkan kerugian hampir RM2 bilion.
10 PATI bayar RM3,000 seorang untuk pulang beraya guna laluan tikus
10 PATI warga Indonesia sanggup membayar sehingga RM3,000 untuk pulang beraya ke negara asal melalui laluan tikus di perairan Tanjung Pelepas.
Kastam rampas rokok bernilai RM4.35 juta
Jabatan Kastam merampas 5.9 juta batang rokok putih bernilai lebih RM4.35 juta menerusi dua operasi berasingan di Seri Kembangan dan Kuala Lumpur.
Kastam rampas 73 pek kurma disyaki produk dari Israel
Jabatan Kastam Diraja Malaysia merampas 73 pek buah kurma disyaki produk dari Israel dalam satu serbuan di sebuah gudang di Klang.
Kastam Pulau Pinang rampas arak bernilai RM6.16 juta termasuk cukai
Jabatan Kastam Pulau Pinang merampas 361,236 tin minuman keras pelbagai jenis bernilai RM6.16 juta termasuk cukai di Pelabuhan Klang, Selangor.
Kastam gagalkan cubaan seludup keluar wang tunai RM170,000 di KLIA
Jabatan Kastam menggagalkan cubaan menyeludup keluar wang tunai berjumlah RM170,000 oleh seorang penumpang warga China di KLIA.